Followers

tagged by ikaa :)

hai :)
dah lama ta buat tag.
tetiba aku ditag lak oleh ikaa.
tenkiuu dek :)

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)


1. aku benci bila dipanggil dengan nama 'siti'. heh.
2. aku da bantut seawal 14 tahun. tinggi aku ta berubah sejak tu sobsob.
3. berat badan juga sama, ta berubah sejak form4. fix at 40kg sampai sekarang adoyy.
4. anti dengan cerita hantu, even poster cerita hantu pun aku taley tengok haha.
5. saaangat kuat makan walaupun badan aku macam ni. ta percaya ? percayaalah ;)
6. perlukan air masak setiap masa.
7. punyai masalah pada tonsil sejak kecil sebab suka sangat minum air oren dr kecik hehe.
8. bila aku demam, ada satu punca sajaa ; sakit tekak.
9. jenis ta suka melengahkan kerja, tapi pemalas ;pp
10. ketagih dengan vita-C grapefruit ;))
11. taley tidur dengan lampu terpasang, even sebaris cahaya pun boley menyebabkan aku taley tidur sepanjang malam. cerewet haha.
12. suka berlawan cakap dengan orang sampaii menang. asma selalu jd mangsa aku ;)
13. pantang bila berjumpa dengan addin, asekk na gadoo. kan mak ? haha.
14. aku sangat cerewet bila shopping, lagi lagi bila na beli kasut. haishh.
15. aku start pakai spek sejak darjah 4 *omg !*
16. power spek aku sekarang 500-100, dan disebabkan ini aku taley pakai contact lens sebab perbezaan power mata terlalu banyak ;p
17. ta reti cakap slow slow bila on the phone hahaha.
18. mencuci mata aktiviti kegemaran aku haha, tapi tiada effect pape pada perasaan.
19. ta suka orang pendiam, terseksa sebab aku taley na talkative macam biasa.
20. addicted dengan game Sims 2 walaupun orang cakap game ni entah pape ;)
21. sangat suka dengan saiz kaki sendiri ; saiz 5 sebab senang na try try kasut kat kedai yg suka display kasut saiz aku hahaha.
22. ta suka online guna broadband sebab ianya melembabkan lappy aku, selagi ada wifi, aku pilih wifi dari broadband walaupun taley on fb hee.
23. taley terima hakikat yg aku na 20 tahun, sebab takut bila teringat yang aku akan kahwin dalam masa ta sampai 10 tahun !

*extra info sebab bosan haha*
24. blog adalah kawan terbaik aku sebelum aizee dan kya, hee jangan kecik hati aw korang ! ;)
25. perkara pertama yg akan aku lihat pd lelaki ; rambut diorang. then baru la aku tengok dea handsome or not hahaha.
26. benci webcaming anyone. so jangan lah ajak webcam kat ym oke.
27. selalu rindu sambal udang masakan mak. sobsob :(
28. mudah mesra dengan orang bila kali pertama kenal. pastu ta reti na mesra dah haha.
29. memula obses dengan biru, then pink and now ungu. so mesti korang ley agak betapa mudahnya hati aku berubah kan ? ;)
30. aku comel. dah dah jangan cakap pape hahaha ;DD

habis :)
aku mao tag :
aizee
asma
dieba
azwan
dylla

5march2010

1 comment:

Pipit@Mr Money said...

asal ada nama asma? msti die dah ade blog kan???