Followers

Hidup

Hai semua :)
Di saat ini, aku sedang merenung bungkusan laksa disebelah laptop aku.
Mahu makan, tapi tiada selera pula, haish.

Hari ni bukan lah hari yang gembira.
Namun ini bukanlah hari yang paling tidak gembira untuk aku.
Dengan adanya rakan-rakan di sisi,
Aku masih mampu tersenyum dengan ikhlas :)

Hidup ta selalu gembira kan.

Tapi kadang kala aku terfikir,
Dengan adanya rasa sedih dan gembira
Barulah kita merasai apa itu hidup yang sebenarnya.

Hidup ta pernah lekang dari masalah kan.
Sehinggakan kita tidak tahu jalan terbaik
Untuk mengakhiri masalah yang kita reka sendiri.
Manusia, sentiasa melakukan kesilapan.
Aku tidak terkecuali.


Aku sering melakukan kesilapan yang sama.
Aku memang tidak reti mengambil iktibar tentang apa yang sudah aku hadapi.
Ya, degil adalah perkataan terbaik.
Aku bagai tidak serik untuk kecewa.
Bila terasa mahu jatuh, pasti ada yang menyambut.
Tapi, itulah kelemahan aku.
Aku selalu juga bergantung kepada orang lain
Hingga aku kelihatan lemah pada orang sekeliling.



Maaf, ini hanyalah luahan perasaan dan fikiran.
Dah lama ta menaip sesuatu yang seperti ini.
Hahaha.

You, percayalah, I juga mahu hentikan semua ini.
Siapa yang sanggup diperlakukan begini untuk kesekian kalinya.
Tapi, mari kita salahkan hati dan perasaan kita yang buta ini.
Maaf kerana bersikap degil.
Tyra Sajaa sememangnya begini :)

Mungkin inilah masa yang sesuai
Untuk habiskan laksa di sebelah aku ni hahaha.


No comments: