Followers

Lost

Hai semua :(
Aku tatao apa kena dengan diri sendiri sejak dua menjak ni.
Aku macam, lost.
Or bingung or keliru or pape je la yang seerti.
Aku ta pasti apa yang menjadi punca semua ni.
Ya, ta pasti :(

Baru-baru ni, aku dapat tahu
Seorang classmate aku terasa hati dengan aku
Sebab aku pernah termarah dea.
Aku terdiam sekejap bila tahu mengenai hal ini.
Aku ta sure bila ianya terjadi sebab aku ta pernah bercakap dengan dea
As dea memang seorang yang pendiam dalam kelas.
Aku cuba mencari cerita yang sebenar dari orang terdekat
Tapi aku langsung ta ingat tentang apa yang terjadi.
Maafkan aku classmate :(

Dengan hal itu sajaa cukup buat hari aku tunggang-langgang.
Aku perasan juga yang ingatan aku ta sekuat dulu.
Sehingga sekarang, aku ingat-ingat lupa jalan ke kelas.
Yang paling ketara ialah bila turun lif di kolej,
Aku masih ta ingat kemana yang harus aku pergi.
Kalau pergi melepak di bilik kawan,
Aku ta ingat jalan mana yang aku patut aku guna untuk balik ke bilik sendiri.
Aku sering lupa dengan apa yang pernah aku cakapkan kat orang lain.
Aku juga sering lupa kemana habisnya duit aku.
Aku lupa sama ada aku dah dapat ke belum nota yang da diagihkan.
Aku lupa apa yang da aku belajar dalam kelas.
Aku lupa apa yang patut aku buat selepas sesuatu.
Aku lupa ahli group lab aku sendiri.
Aku lupa.


Teruknya penyakit lupa aku ni ?
Kenapa agaknya ?
Aku harap aku ta sakit.
Dan aku sangat berharap ianya hanya sementara.

Aku rasa aku perlu jadi lebih pendiam.


Silent Sigh by Toxic Dolly

No comments: