Followers

Shah Alam

Hai semua :)
Okay sekarang aku berada di Kolej Mawar di UiTM Shah Alam.
Semalam aku sudah menjadi student campus ni secara rasmi.

Okay aku rasa campus ni pelik
Sebab ianya terlalu BESAR !
Walaupun fakulti aku betul betul depan kolej,
Berpeluh juga lah berjalan pergi kelas
Sebab jalannya yang berbukit bukau.
Ditambah lagi dengan lif yang pelik di bangunan fakulti
Plus keadaan kelas yang berbeza dengan campus cawangan.
Fuhhh banyak betul kepelikan di sini.

Na cerita pasal kolej pulak.
Aku dapat bilik di tingkat 8
Dan ianya bilik dua orang.
Benci lah sebab kena bayar sewa bilik lebih.
Dan aku dapat roomate baru, Rina :)
Tapi seronok dapat bilik tinggi tinggi ni.
Sebab dari sini je da boleh nampak half campus.
Plus dengan sejuknya tempat ni, wahh.

Okay jadual kelas pula.
Sem ni aku ambil 6 subjek.
Kebanyakannya subjek lab.
Confirm report berlambak kena buat nanti.
Tapi kan kan, jadual best ouhh !
Sebab ta berapa na pack sangat
Dan hari rabu aku tade class HAHA.
Memang balik rumah la kan hehe.

Pasal group pula,
Course aku ada 2 group.
Dan group kali ni lain dari yang kat Penang dulu.
Classmate baruu lah haha :)

Banyak senanye aku na cerita kat sini.
Tapi nanti ta muat pulak blog aku nanti HAHA.

*Hey, asal dak dak kat sini cam best untuk dibuat mencuci mata ?*
Hehe ily sayangg :)

4 comments:

padle said...

dak shah alam la eyh...c azra pon da duk kat sane..sng2 nnt dtg la sksyen 18..aku stay kolej cemara..
peace!

✿ emazwan ✿ said...

yayy semoga bergembira di UiTM ;)

Tyratyra said...

padle ; laa kaw intec ke ? tana datang, jauh. HAHA.

ema ; tengs :)

annyss said...

wah mawar kolej terbaek uitm shah alam..
besh besh :)