Followers

Tingkat 8

Hai semua :)
Hari ni Sabtu, tiada class.
Dalam otak dah plan dah na online dan main game pepuas.
Sekali, satu campus tade eletrik start pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Hadoyy !

Tengah hari, perut mula berbuny
i.
Kawan-kawan ajak pergi jenguk karnival apa entah kat padang kawad.
Okay, pergi lah jugak walaupun kena meredah turun tangga dari tingkat 8.
Kaki lenguh taya cakap lah kan, da tu na ke karnival tu pun kena naik lagi banyak tangga.
Dengan harapan ada banyak la makanan yang dijual kat karnival tu.
Sekali sampai je, em dapat beli air limau jea wuwuwu.

Perut semakin berbunyi.

Kami pun decide turun balik pergi DC cari nasi.
Alahai lauk, memang lauk Sabtu Ahad ta best.
Diorang makan, aku lak bungkus jea nasi dan ikan goreng.


Gelas besar punyaaa :)

Then kami terfikir, wah macam ta larat na naik tangga ke tingkat 8 en.
Kami pun merancang mahu mengexplore laluan bas kat campus ni.
Lepas solat zohor kat surau kolej, kami pun mulakan ekspidisi kami HAHA.

Naik bas dari bus stop dekat DC,
Mak aih ta macam sesak gila lah pulak !!
Tapi macam meriah jea hahaha.
Then turun last station kat Seksyen 2.
Duduk situ tengok tengok orang dan laluan bas yang lain.
Okay, aku dah tao na naik bas mana untuk balik ke rumah :)

Sementara na tunggu pukul 5,
Kami pun merayap sekitar situ.
Pergi beli stationary kejap then lepak kat KFC.
Dah kenyang, balik ke kolej semula.
Doii tade eletrik lagii !!
Lif taley guna, ta larat kut na naik tangga :(
Na tana kami pun naik lah jugak.
Okay, kaki aku still menggigil lagi ni uhukk.

Esok mahu pergi kenduri abang mira kat Seremban.
Fuhh semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar :)

No comments: