Followers

2 Weeks and 20

Hai semua :)
Genap 2 minggu aku ta update blog kan.
Tapi bila aku tengok traffic, ada jea yang singgah.
Aku tatao apa yang silent readers cari kat blog aku yang dah bersawang ni.
Hahaha maaf sangat sangat sebab aku tade masa yang cukup
untuk mengupdate segala yang terjadi dalam hidup aku sepanjang 2 minggu ni.
Dan sengaja aku mengupdatenya semula hari ini :)

Okay, aku buat rumusan sajaa lah ea tentang 2 minggu ni.
Memang sibuk dan tertekan sedikit.
Namun aku tetap mampu tersenyum senang :)

I-City Shah Alam.
Dah pun menjejakkan kaki di sana.
Alah lampu jea yang lawa, tiada apa selain itu. Bosan hehe.

Sukan Antara Fakulti (SAF).
Batch aku terpaksa memaksa diri menyertai perbarisan wakil fakulti untuk SAF.
Wahh taley lupa bila terpaksa berkawad dengan baju besar bersaiz XL.
Sumpah da macam belon :)

The Last Airbender.
Dah pun menontonnya dengan ladies tersayang di Jusco Bukit Raja.
4.5 star untuk movie ini.
Tapi, kenapalah mesti ada sambungan, haihhhh.

Ayam golek.
Hahaha dalam 2 minggu ni, dah dua ekor ayam golek aku makan.
Entah apa resepi yang mak aku guna, ianya sangat sedap ! ;D

Dan yang paling penting ialah :

Angka 20 :)
Muda je kan ? hahaha.

Selamat hari lahir kepada diri sendiri.
Alhamdulillah, aku sudah pun hidup selama 20 tahun.
Agak sukar ya kawan-kawan untuk menerima
angka 2 pada umur aku hari ini ahahaha.
Tapelah, janji bahagia, kan ? :)

Terima kasih kepada yang wish.
Doakan aku agar sentiasa panjang umur
dan mampu menghadapi segala cabaran hidup pada masa akan datang.
Mulai hari ini, aku mahu mencuba agar lebih menyayangi diri sendiri
di samping menyayangi apa sahaja di sekeliling aku.

Sweet 20 tyra :)

No comments: