Followers

Emak :)

Entry kali ini khas untuk emak ku yang tercinta.
Sejak kebelakangan ini, aku memang ignore pasal tarikh.
Sampai birthday emak aku pun aku boleh tak perasan.
Ishh memang rasa bersalah gilaa ! :(

Puan Norseha bt Mat Zain,
Selamat Hari Lahir yang ke-48.
Semoga di panjangkan umur, dan dapat memberi peluang kepada kami adik beradik untuk terus merasakan kasih sayangmu yang tidak pernah berbelah bahagi.
Semoga dilimpahkan rezeki, dan dapat terus membahagiakan kami adik beradik apabila dapat melihat senyumanmu setelah mendapat hasil usaha dan susah payahmu sendiri.
Semoga dirahmati Allah sepenuhnya, sebagai balasan untukmu kerana telah menjadi seorang ibu yang terbaik yang pernah aku jumpa sepanjang 21 tahun hidupku.


Wave to Her Fans by ChuckyRavaro

Emak, terima kasih kerana telah sentiasa mengenyangkan perut kami adik beradik dengan segala makanan tersedap di dunia !
Tiada seorang pun chef terkemuka di dunia ni boleh memasak sesedap masakan emak.
:))

Dyba, kau bagi mak baca ni ! Entry khas tauuu !
Hahaha, I love youu Emak ! :')
Rindu la pulak.

No comments: