Followers

Part Time Is Fun

Dua hari berturut-turut menonton wayang.
Bila aku gembira menonton Super 8, dia merungut.
Bila aku merungut menonton X-Men, dia pula gembira.
Hahaha tak mengapalah, janji senyuman kau untuk aku ketika itu.

Hari ini off day, berehat daripada berjumpa dengan orang yang berlainan kerenahnya.
Nak tahu apa yang aku suka ketika bekerja di GSC ni ?
Walaupun gaji dan tahap kepenatan bekerja tu kadang-kadang tak berbaloi.
Tapi aku sangat gemar melihat pelbagai jenis manusia yang Allah ciptakan.

***

Ada yang ramah berbual dengan aku ketika membeli tiket.
Ada yang asyikk bertanyakan "Eh, tiada discount ka ?"
Ada yang duk bercium, bergedik depan aku konon-konon aku nak jeles la.
Ada yang datang kaunter, buat muka bingung taktau nak tengok movie apa.
Ada yang datang melepaskan marah kat aku yang tak bersalah ni.
Ada yang bertekak hanya kerana pemilihan tempat duduk.
Ada yang entah siapa siapa tibatiba nak berkenalan.
Ada yang tiba-tiba menjerit marahkan anak sebab main jauh jauh.
Ada yang mengutuk aku depan-depan, macam lah aku taktahu.
Ada yang bila aku melawan sikit, suruh panggil manager.
Ada yang baik hati, repeat order sendiri so takpayah aku repeatkan.
Ada yang bunguk, nak bawak anak 3 tahun tonton movie 18.
Ada yang tak faham cakap melayu, cakap inggeris pun tak faham. =.="

***


Colour Experience by QuiddityBoom

Bagi aku, mereka yang tak pernah bekerja sambilan seperti ini adalah satu kerugian yang besar.
Walaupun memenatkan, pengalamannya hanya kita yang tahu. :)

4 comments:

Fyqa said...

untglah.
ada pglman ;)

✿ emaxoxo ✿ said...

wahh belanja i movie lah hehe

yaya_flanella said...

baru terfikir nanti nak partime kat gsc jugak :)

Tyratyra said...

Fyqa ; pengalaman boleh dicari :)
Emaxoxo ; haha okay meh datang.
YayaFlanella ; hehe try lah, best tau.