Followers

Sebuah Realiti

Semalam menghabiskan satu malam dengan tengok wayang.
Hanna dan Transformers : Dark of The Moon.
Semasa menonton Hanna, aku bersemangat, tapi si dia tidur di sebelah.
Semasa menonton Transformers, dia excited aku pulak yang tidur. =.="
Tak mengapalah, yang penting dapat makan Cheezel bersuap HAHA.
Lepas tu balik rumah pukul 3 pagi, esoknya pergi kerja dah macam zombie.

Topik serius.
Aku ada seorang rakan berbangsa India dan beragama Kristian.
Kerja bersama setiap shift pagi di box office GSC.
Aku suka dengar dia bercerita tentang hidupnya, banyak yang aku pelajari.
Dan tiba-tiba ada seorang customer datang ke kaunternya untuk membeli tiket.
Seorang gadis, berpakaian menjolok mata, terdedah sana sini, berseluar pendek, rambut dah tak hitam, merangkul lengan seorang lelaki yang tak sure berbangsa apa.
Sebaik sahaja gadis itu pergi dengan tiketnya, rakan aku tu berkata ;
"
Athirah, see, she's a Malay. How can she dress like that.".
Aku hanya tersenyum, dan malu dengan teguran itu.
Tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, hanya mahu muhasabah diri.

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)


Sit And Think by Menoevil

Dan sampai sekarang aku tak faham.
Kenapa masih ramai orang berebut nak menonton Transformers yang super bosan tu.
Menyampah lah pula =.="



# Entry feveret hari ini ; Kenapa Hina Agama Saya ?
# Nak tiket wayang FREE ? Klik Sini !

# Nak shopping baju murah-murah ? Di Sini !



1 comment:

Ema Razali said...

bangsa lain memandang serong dgn bangsa kita tsk tsk :/