Followers

Malam Raya

Hai semua :)
Kelakar lah masa tengah tengok pengumuman raya tadi.
Geram je aku tengok penyampai tu, banyak sangat pengenalan dia.
Esok diisytiharkan raya, tapi aku dan keluarga masih berada di Damansara yang dah sunyi ni.

Tengok sekeliling rumah, macam tak percaya esok dah raya.
Bersepah jangan cakap la, sebab kitorang baru start nak mengemas hari ni.
Pagi tadi pun boleh keluar tengok wayang kejap dengan adik-adik :)

Oh ya, nak umumkan Your Best Outfit Photo Contest dah pun tamat tempoh.
Terima kasih kepada yang joinn, segala update akan dibuat selepas raya okayy ;)

Okay lah korang, nak sambung mengemas ni.
Esok subuh-subuh dah nak gerak balik kampungg.
Dan sekarang aku nak praktis macam mane nak pakai satin shawl ala Hana Tajima ni.
Nak pakai pagi raya esok weeeehuuuuu !


I'm Coming Home by PinkParis1233

Doakan kami sekeluarga selamat sampai ke kampung di Teluk Intan esok pagi.
Selamat Hari Raya kepada semua bloggers dan readers blog ungu yang tak best ni.
Esok jangan nak mencekik sangat yaa hehehe :)

No comments: