Followers

Solat Jumaat Dan Wayang

Hai semua, hari ni hari Jumaat, dan ada benda yang aku nak luahkan.

Kalau korang nak tahuu, dalam banyak-banyak hari,
Aku paling tak suka kerja hari
Rabu dan Jumaat.
Tak suka kerja hari Rabu sebab
duit kecik selalu habiss.
Tiket RM6 tapi bagi RM100 memang rasa nak penampoo je ohhh.
Pelik dengan manusia yang suka show off betapa BESAR nya duit dia.

Then, tak suka kerja hari Jumaat sebab
menyampah dengan lelaki melayu yang tak jumpa jalan pergi masjid ni.
Kalau ada show pukul 11.30 hingga 2 petang, hall memang penuh dengan lelaki jenis ni.
Berlumba-lumba nak masuk hall walaupun movie tu dah start setengah jam.
Punya la nekad taknak pergi solat Jumaat kannnn.

Disebabkan aku ni pekerja GSC yang berhemah.
Aku tetap lah melayan pelanggan jenis ni dengan sopan santun.
Kalau ikutkan hati aku yang dah
membara ni, nak aje aku buat camni ;


# Letak sign seperti diatas depan kaunter dengan ganasnya setiap kali ada lelaki jenis ini berjalan ke kaunter aku.
# Buat announcement khas untuk mereka :
"Kepada semua customer lelaki yang tak reti nak pergi sembahyang Jumaat, tolong beredar dari queue line kaunter saya dan beratur di line kaunter lain kerana SESUNGGUHNYA saya menyampah. Terima kasih !"
# Buat muka comel senyum-senyum melihat mereka bengang.

Hari tu kann, boleh la pulak ade sorang pakcik dan kawan-kawannya
beli tiket Captain America pukul 11.30 pagi pada pukul 12 tengah hari.
Dah start setengah jam dah ni, tetapp nak masuk hall.
Pastu boleh pulak dia tanya soalan bodoh ni kat aku ;
"Hehe siapa jadi Imam ye dik harini ?"
Aku pun jawab dengan penuh senyuman dalam hati
nak aje aku tikam pakcik ni ;
"Imam kat masjid encikk, takde dalam hall."

Aku tak tujukan entry ni kepada semua lelaki.
Tak semua lelaki sama, kan ? :)

No comments: