Followers

Movie Review : Fright Night



Okay macam tak percaya aku pergi tengok movie ni.
Sebenarnya masa ni aku yang beriya sangat nak tengok Abduction.
Tapi beratur panjang sangat then terpaksa beli next session punya.
Then tiba-tiba ehemm terus beli tiket untuk Fright Night, nak kena kan aku lah tu =.="
Terima kasih sayang.

Okay movie ni mengisahkan tentang Jerry the vampire, yang agak hensem hihi.
Bermula bila Jerry berpindah ke sebelah rumah seorang remaja biasa, Charley.
Takde sorang pun kat kawasan kejiranan tu tahuu yang Jerry adalah vampire.
Then Charley mula perasan yang sorang-sorang classmates dia menghilangkan diri.
Kawan dia, Ed, seorang nerd, dah tahu yang Jerry ni vampire dan cuba bagitau Charley.
Tapi Charley tak percaya kan Ed, sebab aku sendiri pun rasa yang Ed ni gila HAHA.
Then lama-lama Ed pun menghilangkan diri dan Charley mula percaya yang Jerry ni vampire.
Kemudian bermulanya tragedi yang membuatkan aku tak sanggup nak bukak mata !

# Korang nak tahu takk, Jerry ni aim hot girls je untuk jadi mangsa dia, sumpah GATAL dan aku geli bila tengok muka Jerry tahan nafsu nak hisap darah bila tengok hotties ni, ewwww !
# Ada satu scene ni, Jerry duk korek tanah laman rumah Charley dan bocorkan saluran gas sampai terbakar rumah tuu sebab bengang takleh nak serang diorang. Rupanya vampire ni takkan boleh jejak rumah orang kalau tak dijemput masuk, baru aku tahu.
# Kesian gila kat Ed si nerdy tu, rupanya dia hilang sebab dia da di transformkan jadi vampire oleh Jerry, sumpah pelik bila nerdy jadi vampire hihi.
# Ada terselit satu watak, Peter Vincent si vampire slayer yang selalu buat show bunuh vampire kat The Hard Rock Cafe, padahal dia sendiri takut dengan vampire, ngek.
# Peter Vincent ada simpan macam-macam alat untuk bunuh vampire kat studio dia, mana dia dapat entah ?
# At last, Charley bekerjasama dengan Peter Vincent untuk bunuh Jerry.


Macam mana ending dia ?
Maaf lah, aku tak tahu sebab sebelum movie ni habis, aku keluar hall sebab nak tengok Abduction HAHA.
Nanti korang tengok movie ni, cerita kat aku eh ? :D

2 comments:

a R a i said...

takut ke x takut? hehe

Tyratyra said...

takut sikit hehehe.