Followers

Movie Review : Johnny English Reborn

Hai semua, hujung minggu ni je aku duk mengadap 3 movie.
Macam membazir kan ? Sebab boleh download and tengok free.
Tapi entah kenapa aku prefer beli tiket dan tengok kat wayang.
Mungkin sebab skrin besar kot, puas sikit mata nak tengok haha.



Okay memula aku nak review Johnny English Reborn dulu.
Ahha tengok je poster kita ley tau siapa pelakon nya.
Dan tengok je pelakon nya kita da boleh agak macam mana ceritanya kan ?
HAHAHA series korangg, cerita ni lawak gila.
Memang hilang kejap semua masalah selama 2 jam menonton movie ni.

Mengisahkan kehidupan Johnny sebagai seorang ejen penyiasatan.
Setelah lama dia menghilangkan diri belajar kungfu di China (?)
Dia kembali ke pangkal jalan dan diberi tugas untuk menggagalkan rancangan kumpulan Vortex untuk membunuh presiden China.
Dia kena cari 3 bahagian kunci yang ada pada 3 orang ahli Vortex ni.

Apa yang menariknya pasal movie ni ?

# Rowan Atkinson berjaya tenggelamkan imej Mr Bean dalam movie ni sebab watak dia kali ni memang cool habis lah !
# Paling takley bla mase dia belajar kungfu kat China, dia terpaksa menguatkan bahagian lelaki yang paling lemah tu ! Memang nampak sakit sangat laa kan HAHA.
# Johnny ni diberi seorang pembantu, Angus yang agak slow sebab dia penyiasat baru, dan dia menambahkan lagi lawak dalam movie ni.
# Klimaks cerita ni ialah bila Johnny da dapat bahagian kedua kunci tu, dan yang ketiga ada pada rakan sekerjanya yang sangat dia percayai. Memang dia diperbodohkan kaw-kaw lah.
# Berlakunya konflik bila Johnny terrminum satu ubat, then dia macam dipukau lah, then Vortex gunakan dia untuk bunuh presiden China.

Adakah presiden China akan dibunuh oleh Johnny sendiri ?
Macam mane lak dengan nasib Johnny lepas tu ?
Tengok lah sendiri, confirm puas hati dapat gelak dengan ikhlas. :D


# Next movie ; Abduction !

No comments: