Followers

3 Sebab Utama Berlakunya Ke-sentap-an

Wow seminggu blog-tak-best ni tak ber-update sebab tuannya sibuk dengan hidupnya yang sibuk. Buat poster program itu program ini, design tshirt program itu program ini, meniru assignment yang super-susah, dan get ready untuk 2 ketul test minggu depan. Tiba-tiba,
"Tyra, lepas ni buat poster ngan bunting untuk program bla-bla ni ya".
Hehehe baiklah :)

Bengang dengan ehem sebab dia boleh balik rumah dengan bersiul-siul tanda senang hati, sedangkan aku kena stay Shah Alam dan minum Oligo sorang-sorang depan tv sambil tengok Detective Conan. Disebabkan bengang-bengang-sayang ni terjadi, aku pun mula lah nak membebel sekarang. =="



Korang-korang yang lelaki ni pernah tak rasa pelik kenapa girlfriend/isteri korang selalu sentap dengan korang tanpa diketahui sebabnya ? Apa kata aku beritahu sedikit sebanyak sebabnya, berdasarkan pengalaman aku lah ya :)

# Si G : gadis, gf, isteri
# Si L : lelaki, bf, suami

1. Bila si G ajak date, si L menolak dengan alasan mahu dota dan sebagainya.
Perempuan ni memang agak pantang bila dia ajak si L diorang keluar date/bermanja-manja, korang menolak dengan alasan kawan ajak main game or kawan ajak lepak or kawan ajak makan dan sebagainya. Cuba sesekali korang berkorban untuk menolak ajakan kawan sebab nak berjumpa si G korang. Okaylah, cuba buat macam ni sekali jee, kalau susah sangat la. Kalau benda macam ni terjadi, si G korang mesti akan cuba consider sebab korang dah pernah berkorban kan. Kalau si G korang tak sedar dan still nak sentap, ungkit lah balik pengorbanan korang tu HAHA.

2. Bila si G mengharapkan sesuatu, si L tak sedar dengan harapan itu.
Contohnya, semalam si L berkata "Esok kita jumpa ya, nak tak ?" Dengan ayat yang macam ni pun dah boleh memberi harapan setinggi gunung kepada si G. Then mula lah si G ni tak senang duduk pada keesokan harinya, dan menunggu, dan terus menanti.
Pukul 8.00 malam, si L masih mendiamkan diri. Yang si G dah panas hati, "Kalau taknak jumpa cakap la awal-awal". Then si L pun, "Sorry sayang, tapi saya tak janji pun, sorry".
Maunye tak sentap wehhh.

3. Bila si G berkata atau berbuat sesuatu untuk menarik perhatian, si L hanya buat taktahu.
Bila da start sentap-sentap ni, si G mesti akan mula bercakap yang bukan-bukan. Dengan harapan, si L akan menidakkan yang bukan-bukan tu dan perbetulkan kepada yang benar-benar. Haha apekah ayat aku ni. But, yeah dats the point. Tapi kadang-kadang si L ni dengar sahaja ayat bukan-bukan si G dan, meminta maaf. Tak payah la nak sorry bebagai sebab ia hanya akan buat si G ni rasa semua bukan-bukan yang dikatakannya tu sebenarnya betul. Dah makin lama pulak sentapnya karang. Hehehe.


Perempuan memang aneh, terima je lah hakikat tu dengan hati yang terbuka. Semua benda ni terjadi kat aku dalam satu hari. Tapi pelik, rasa sayang tu makin kuat pulak kann. Alhamdulillah :)



# Segmen 3 Gambar dihentikan kerana tiada sambutan, sedih jerr. =="

4 comments:

Ku Azhar said...

perghh!!! nk main dota! nk join!! :D

EYFAalias said...

ahahha. cakap bukan2 tu memang fav. saje je nk suh dia menidakkan. ahahhaa.

Tyratyra said...

Ku Azhar ; ehhh ? hehehehe.

Eyfa ; betul ! Favourite sangatt hahaha.

narumi sakura said...

huhu..selalu berlaku =_=`..dan ayt paling best kene
-'nape la pompuan ni misteri sgt x paham la'

choi!!