Followers

Kahwin di Usia Muda ?

Hai awak awak dan awak :)
Malam semalam tidur lambat sebab nak siapkan report lab. Last-last tak siap pun. Pagi tadi terpaksa bangun awal untuk siapkan report tu, dan baru je siap tadi. Jari dah bengkak menekan keyboard, tapi itu tak menghalang niat aku untuk update blog weeehuuu !

Sambil-sambil tunggu ehem balik ke Shah Alam dan bawak aku keluar dari bilik aku yang cantik ni, aku nak berkongsi satu topik yang agak mengganggu fikiran aku beberapa hari ini. Dan topiknya ialah, Kahwin di usia Muda. Mungkin topik ni tak berapa sesuai untuk bloggers yang masih sekolah, tapi aku rasa takpe kot sebab one day dorang akan kahwin jugak, kan adik-adik ? :)



Kenapa tiba-tiba je nak cerita pasal ni ? Aku da gatal sangat nak kahwin ke ? Hahaha itu mungkin salah satu sebab tapi bukan sebab yang utama ya ! Aku sama je macam pelajar yang lain, fikir nak habiskan belajar, then kerja merasa duit sendiri dulu then barulah fikir pasal kahwin. Tapi tu lah, bila baca paper je, merata cerita pasal anak luar nikah lah, bayi kena kelar lah, buang bayi merata-rata lah, macam lah bayi tu anak kucing. Even mak kucing pun sayang anak dia tau. Memang lah manusia sekarang, lagi hina dari binatang. *Geram segeram geramnyaaaaa*

Aku selalu terfikir, kalau-kalau benda ni jadi kat hidup aku. Nauzubillah jauhkan lah. Dan untuk mengelak dari benda ni terjadi, caranya adalah kahwin ! Setuju ?

Antara kebaikan kahwin di usia muda (credit to KahwinMuda) :
  • boleh mengelakkan berlakunya maksiat seperti zina
  • menjadikan seseorang itu lebih matang dalam bertindak
  • menimbulkan rasa tanggungjawab pada seseorang
  • menarik banyak rezeki
  • meramaikan ummah manusia, kerana Nabi SAW berbangga dengannya
  • sebagai salah satu cara membaiki diri.

Antara halangan untuk kahwin di usia muda :

  • mak ayah tak benarkan, diorang suruh habiskan study dulu
  • kewangan yang tak kukuh untuk tanggung anak orang & buat kenduri
  • kes penceraian yang banyak berlaku pada mereka yang kahwin awal
  • takut tak mampu pikul tanggungjawab.
Tapi bukan ke kalau kita berniat untuk mengelakkan diri dari berbuat maksiat, adalah lebih baik kita berkahwin ? Itu lah penyelesaian yang terbaik kan ? Kenapa nak jadikan halangan kat atas sebagai sebab untuk jebakkan diri kita bergelumang dengan dosa ? Bukan aku tak percaya pada diri sendiri atau ehem sayee, tapi kita kan manusia biasa ? Tak mustahil kan ?

# Ada lah jugak fikir pasal benda ni dengan ehem tapi macam susah sangat jeee rasenye. =.="


9 comments:

sergeant keroro said...

nice! tapi kena ada toleransi between both bridal parent and bridal itself :)

narumi sakura said...

nak tambh lagi stu pnyebb ssh nak kawin awal:kos hidup y tinggi..smpai nk kawain awl pon kne pikir bnyak kali...Naru pon terigin kawin awl tpi..=_=`samela mcm tyra kot hehe..sedihkn tgok pergai manusia skrng pndai wat x pndai jage T^T

http://narumiaida.blogspot.com/

Tyratyra said...

Keroro ; yupp tu la yang paling penting sekali hehe.

Narumi ; ahha betul tu, lagi2 kalau still study kan. banyak sangat nak kena pk sebab tade pendapatan tetap. tu lah, zaman sekarang. risau juga kalau jadi kat diri sendiri, hm.

narumi sakura said...

mmm betul3 sokong sngt kate2 tyra

Cik Rose Cute said...

Betul tue...habiskan belajar dulu..kerja baru kawin....Jauhi daripada Maksiat untuk mengelak dari perkara buruk yang tidak di ingini....Follow sini ya..

http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

C i k P i p i T e m b a m said...

stuju sgt2... hehehe... ade rezeki trus khwin la. jgn tangguh.. actually kita pon nk kawen awal sbb nk elak bnde2 yg x diingini... heee :)

Golden Rose said...

salam kenal...singgah balas dari SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

~ ika ~ said...

ktorg lg dah lme sgt t'pk..cume byk sgt halangannye..huhu

Tyratyra said...

Narumi ; hehe memang ade benarnya kan ?

Rose ; yea betul tu, memang nak habiskan belajar dulu, cuma risau, kadang-kadang kita tak sedar kita dah buat salah hmm.

CikPipi ; Insyaallah rezeki tu ada hehe.

Golden ; hai :)

Ika ; tu lah kan, awak lagi da lame dgn si dia kan hihi.