Followers

Movie Review : Real Steel



Mula-mula sekali, movie ni memang TERBAEKK DARI LADANG !
Aku nak paksa korang semua pergi tengok movie ni, sumpah tak menyesal !
Okay maaf sebab terlebih bersemangat sikit hihi.

Movie ni mengisahkan hidup seorang bekas ahli tinju, Charlie.
Tapi time ni tinju manusia dah pupus dah sebab wujudnya robot yang dicipta untuk sukan tinju.
So Charlie ni pernah ada robot bernama Ambush dan Noisy Boy.
Robot-robot ni dikawal menggunakan joystick, lebih kurang cam PSP bentuknya.
Tapi dua-dua hancur sebab kalah dengan robot lain, dan hutang dia pun menimbun sebab bertaruh.
Kiranya hidup dia memang loser lah sebab sombong, berlagak tak habis-habis sampai tade duit.

Tiba-tiba muncul lah anak dia, Max selepas 10 tahun dia tinggal kan budak ni kat ex wife dia yang baru meninggal.
Dorang habiskan masa bersama sepanjang summer sebelum Max kena duduk ngan makcik dia.
Ada satu mase ni, dorang pergi tempat pelupusan sampah.
Max terjumpa sebuah robot yang dah ditimbuni lumpur dan sampah.
Mase ni la kisah sebenarnya bermula :)

Apa yang terbaik sangat pasal movie ni ?

# Robot yang dikawal menggunakan teknologi canggih
# Disini jelas menunjukkan yang bapak borek anak rintik, geram je rasa
# Siapa sangka robot yang dikutip dari tempat pembungan sampah boleh jadi terkenal
# Siapa sangka robot yang mulanya dianggap sampah boleh menjadi pesaing hebat kat robot terkuat di dunia robot tinju ni
# Siapa sangka seorang ayah dan anak tak jumpa 10 tahun boleh mengharukan orang dengan pengorbanan mereka
# Siapa sangka yang rupanya robot diorang, Atom mempunyai satu kelebihan berbanding robot lain
# Siapa sangka ? Siapa siapa siapaaaa ?

Okdah hahaha, aku taley lupa saat aku tengok movie ni dengan ehemm.
Kitorang tejerit-jerit *tak kuat sangat* macam tengok world cup pun ada HAHA.
Kua hall je masing-masing macam tergamam sebab rasa cam apesal cerita ni best sangat ?
First time tengok movie penuh semangat tanpa rasa mengantuk langsung :)

Okdah la baik korang pergi tengok movie ni cepat.
Bai :)

1 comment:

EYFAalias said...

sumpah sukaaaaa sangat cerita ni. Atom comel <3