Followers

Posisi Tidur & Kesihatan

Hai semua, baru balik shopping so badan dah penat.
Nak cerita sikit pasal posisi tidur sambil-sambil amik mood nak tidur hihi.
Info ni aku dapat dari pembacaan majalah classmates aku, Megat pagi tadi.
So nak share la kat korang, sebab benda ni benda baru bagi aku :)

Aku dah tahu lama dah yang kita seeloknya tidur mengiring belah kanan tapi aku taktahu apa sebabnya.
Ehem selalu marah aku kalau aku tidur mengiring belah kiri sebab aku lebih selesa tidur macam tu, dia kata tak elok.
Aku pun tanya lah kenapa, macam biasa dia akan jawab, "Entah ?" =.="
Dan sekarang aku dah jumpa jawapannya :)


Sleep Tight by Violet

TIDUR DENGAN POSISI MENIARAP :
Tak elok tidur dengan posisi macam ni sebab tulang belakang akan menghempap otot dada kita. Dan ini akan menyebabkan kesukaran bernafas.

TIDUR DENGAN POSISI TERLENTANG :
Bila kita tidur dengan posisi macam ni, mulut kita mesti akan terbukak masa tidur. So, kita akan bernafas melalui mulut, bukannya hidung. Nanti kita akan tersedut udara yang kotor/tak bertapis dan paru-paru kita akan dijangkiti kuman (sebab kalau bernafas guna hidung, udara akan ditapis oleh bulu hidung dan cecair di dalamnya, so udara yang disedut lebih bersih). Dan kita akan mudah berdengkur kalau tidur macam ni.

TIDUR DENGAN POSISI MENGIRING BELAH KIRI :
Kalau nak tahu, paru-paru kanan kita lebih besar dari paru-paru kiri. So kalau kita tidur mengiring belah kiri, paru-paru kanan akan menghempap paru-paru kiri. Ini juga akan melemahkan denyutan jantung, bahaya tau.

TIDUR DENGAN POSISI MENGIRING BELAH KANAN :
Ahha inilah sebaik-baik posisi untuk tidur sebab ini akan melancarkan sistem pencernaan, pernafasan dan denyutan jantung kita.

First time tahu pasal benda ni ?
Sama lah kiteee HAHA.
Jum tidur mengiring belah kanan malam ni ! :)


3 comments:

akema yazid said...

plus..
tidur sebelah kanan tu yg selalu disarankan oleh Rasulullah.. :D

♥ eyka elisha ♥ said...

eyka tidur de mcm2 gaya. ikot pd mood. hehe =P

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik