Followers

Taman Tasik & PICC

Hai awak awak dan awak :)

Fuhh hari ini dan semalam sangat memenatkan ! Semalam, seharian di fakulti menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan, dan ada meeting program pula pada malam nya. Dah selesai meeting, terus bergerak ke taman tasik Seksyen 9 kalau tak silap, untuk menjayakan surprise birthday party kawan aku, Nad. Surprise ni totally planned oleh boyfriend dia. Sweet kan ? :)


Kitorang pun sweet jugakk. Jangan jelessss Ehem & Hayat hihi.
Apehal la muka aku macam tu =="




Dah lama tak berkumpul sekelas macam semalam. Sebab start semester ni kitorang semua dipecahkan kepada 2 group. Kelas pun dah tak sama, tak best betul. Bila dah dapat berkumpul macam ni, seronok sangatt hihi. Happy Birthday Nad, cepat-cepat lah kahwin dengan Hayat. Kitorang tak sabar dah nak makan free ni hahahaha.



Dan hari ini pula, bangun awal pagi, bersiap-siap untuk ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) pula sebagai trip untuk subjek Mechanical & Electrical (M&E). Sebuah trip yang sepatutnya berakhir lewat petang, tiba-tiba habis pukul 1. Kitorang semua dah lost taktau nak buat apa kat sana. Dah la sesak dengan orang sebab ada majlis konvo kolej apa entah kat sana. Bas UiTM pulak busy dengan konvo jugak kat campus so kena tunggu malam baru bas sampai. Lastly kitorang decide nak balik ke Shah Alam sendiri. Bermacam dugaan kitorang tempuh untuk sampai ke Shah Alam. Tapi, seronok sumpah tak tipu :) Nah tengok je lah gambar-gambar ni.



Gambar wajib HAHA.
Muka tak cukup tidur & jaket fakulti yang gabak.

Esok ada program amal di rumah orang-orang tua pula. Wah berjalan je aku hujung minggu ni. Report lab tak siap lagi arghhh.

No comments: