Followers

Inilah Padahnya Bila Dah Lama Tak Update Blog


Hai awak, awak dan awak :)

Fuhh memang dah lama tak update blog tak best ni. Sorry yaa, memang sibuk sangat kebelakangan ni. Nak update status kat Facebook pun dah jarang sangat, update blog lagi lahhh. Ahha, baru lepas menonton The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1. Semangat kan, second day movie ni keluar aku dah merengek-rengek kat ehem nak tengok movie tu HAHA. Nasib baik ehem saye ni penyabar orangnya. So, nak rating ke ? Well, aku memang peminat setia Twilight, tak pernah lagi miss tengok movie ni kat wayang. Tapi aku bagi 3 out of 5 je lah. Not too exciting, dan amik masa nak faham jalan cerita. Apa endingnya ? Tengok kat bawah.




Ha, dah boleh agak lah kan endingnya ? HAHA. Kena tunggu part 2 lah. Dah macam Harry Porter puleeee. =.="

Aku taktahu la kenapa dengan blog aku ni. Aku rasa benda ni jadi kat aku sorang je sebab aku tengok orang lain okay je update blog setiap saat. Icon kat editor New Post aku semua entah kemana.





Memang susah gila nak edit balik bila buat entry baru. Ni yang makin malas ni nak update. Lepas tu aku tanya la kawan aku si Azwan ni, dia suruh tukar new interface, macam kat bawah ni :

Ha lepas tu baru lah okay, tapi cam pelik pulak. Nampak sangat dah lama tak hiraukan blog, benda macam ni pun boleh taktahu. =.="


Lawak kan ? HAHAHAHA. Haihhh.

1 comment:

ibnuismaini said...

Rasakan! Itulah, lain kali update selalu. :P