Followers

Ceritera #2

Hai awak, awak dan awak :)

Hari ni semua orang sibuk dengan tarikh 11.11.2011. Time ni lah orang nak kahwin, bertunang, dating, photoshoot semua. Macam-macam lagi yang aku baca kat wall Facebook aku. Ada yang gembira. Ada yang sedih. Hidup manusia, kalau sama je semua tak best lah kan ? :)

Macam mana dengan 11.11.2011 kepunyaan ku ? Alhamdulillah, tercatatnya memori indah pada tarikh ini dan membuatkan aku lebih menghargai seseorang yang menyayangi dan disayangi aku. Dah ready nak baca ayat jiwang aku ? Hahaha bukan jiwang lah, tapi sweeet. :)



# Semalam kita tak text sangat dan membuat saya bersemangat nak jumpa awak harini, membuatkan saya menunggu dengan senyuman.
# Muka awak ketat bila lambat menjemput saya sebab jalan jammed entah kerana apa, tapi saya tak kisah dan terus tersenyum.
# Awak nampak risau sangat sebab kereta awak tiba-tiba je sengal, tapi ekspresi awak buat saya tersenyum.
# Awak ajak saya luangkan masa bersama, dan melebarkan lagi senyuman saya.
# Awak teringin nak tonton Shark Night, saya teman walaupun saya takut, dan saya tetap senyum dalam ketakutan menonton movie tu.
# Awak cakap saya buncit ketika saya kata saya lapar, awak ketawa, dan saya pun tersenyum segan.
# Awak tiba-tiba cakap awak kena balik ke rumah cepat, saya cemas, dan awak tergelak sebab berjaya kelentong saya, tapi saya terus tersenyum lega.
# Awak bengang sebab saya tukar pinggan awak dengan ayam KFC yang lebih besar, saya tersenyum sebab suka dapat ayam kecik.
# Awak hantarkan beg saya yang berat tu hingga ke depan pintu rumah, saya senyum sebab saya rasa awak comel bila awak pakai beg laptop saya.
# Awak marah sebab saya degil sangat, tapi awak tetap usap kepala saya dengan kasih sayang, membuatkan saya tersenyum bahagia.
# Awak dah balik tinggalkan saya di Shah Alam sorang-sorang, saya mula tersenyum rindu.



Tiada apa lagi yang saya inginkan, awak pun sama kan ? Saya tahuuu :)

Alhamdulillah, kerana masih berpeluang merasa bahagia :)

3 comments:

atiqa aris said...

haa so suwitt:)

miss senyum said...

alolo sweetnye

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sweet lah kata2 ats kertas tu.. trick to purpose , kan? haha