Followers

They Made My Day ! (Video)

Hai awak, awak dan awak :)

Bosan kan hari ni ? Cuti bosan, ada kelas lagiii la bosan. Semalam sempat meluangkan masa menonton In Time dengan ehem. Kalau aku rajin nanti aku review lah hihi. Bangun je pagi tadi, aku berazam nak buat assignment aku yang dah berapa hari aku sisihkan. Tiba-tiba aku terbukak Facebook dan blog ! Boleh pulak kan tiba-tiba. =.="

Aku terjumpa 3 video yang really made my day. Jum tengok sekali ! :)



Dah lama tak layan video matluthfi. Lepas tengok video ni, aku takde lah nak setuju 100% tapi memang ada benarnya apa yang dia cakap tu :

# Aku memang setuju sangat pasal lagu KRU 3 Kata tu. Memang merapu lah, memula aku dengar lagu tu pun terus stone muka aku. Jarang didengar ? Jarang disebut ? Dunia kita ni masih murah dengan kasih sayang, Alhamdulillah. So, memang tak rasional lah kan. Favourite part : "I pon pon ponn, pon pon ponnnn" HAHA gelak besar aku weh.

# Yang pasal lagu Forteen Berdua Bersatu ni pulak aku tak berapa suka lah pulak dia kutuk macam tu hehe. Sebab aku suka lagu tu. Walaupun nampak macam tak masuk akal pengorbanan yang diceritakan dalam lagu tu, but well, it just a lyrics right ? Perumpamaan ? Mungkin macam hyperbola sangat.

# Ahha kalau pasal lagu Sofaz Terasa Di Syurga lak aku memang setuju sangat. Aku memang tak minat Sofaz, then bila dengar lagu ni, terus ketat muka aku sebab tak faham. Memang takde kena mengena langsung mawar yang mekar dengan menunggu hari esok. =.="

# Bruno Mars Grenade lak, yang ni aku tak faham HAHA maapp.

# Alif Satar Lelaki Seperti Aku pulee, lagu ni first time aku dengar masa pergi Kelantan hari tu. Well, geli sebenarnya dengar lagu ni. Sebab lirik nye perasan + poyo gila. Tapi bila dengar banyak kali best la pulak ngahahahaha !




Video yang ni pulak, HAHA sangat kejam ! Aku rasa aku akan buat benda yang sama bila aku kena prank macam ni. Tapi sangat tak mungkin aku akan wet myself =.=" Kesian kat orang tu, tapi kelakar ! Nasib kau lah kann :)




Baru-baru ni ramai kawan aku tukar handphone baru ke Colby dan Galaxy Mini. Diorang ada la Talking Tom ni. Menyampah pun ada bila layan Talking Tom ni. Sebab suara dia cute sangat, tapi takde ekspresi muka yang memuaskan hahaha. Lawak pulak bila dia nyanyi lagu Alif Satar ni.

Okay tu je, bai nak sambung buat assignment :)

No comments: