Followers

How's Ombak Rindu ?

Hai awak, awak dan awak :)

Sekarang memang musim Ombak Rindu kan ? Penuh dashboard dengan entry-entry pasal Ombak Rindu. Wall kat Facebook lagiiilah. Aku ni salah sorang antara jutaan pembaca novel Ombak Rindu tapi aku tak ada lah excited gilaa nak korban kan duit aku untuk beli tiket tengok Ombak Rindu ni kat wayang. Sebab aku pernah berazam taknak tengok movie melayu kat wayang sejak aku tengok Raya Tak Jadi 3 bulan lepas. Tapi entah macam mana boleh terpengaruh nak tengok Ombak Rindu kat wayang lak. Ingat nak download je, hihi.

Semalam lah, mengada sangat nak jumpa ehem padahal pukul 8 malam ade kelas. Ehem pun bawak aku pergi Jusco Bukit Raja, da tu nak pergi mana lagi. Plan nak tengok wayang, tapi takut tak sempat balik nak pergi kelas. So saje-saje menapak ke TGV tengok schedule movie. Next show Ombak Rindu pukul 5 petang. Terus beratur beli tiket. Tak pernah-pernah aku beratur panjang untuk beli tiket kat TGV Bukit Raja ni, tiba-tiba je hari ni punya lah ramai orang. Ni semua Ombak Rindu punya pasal. =.="

So, how's Ombak Rindu ?


# Dah jadi kebiasaan untuk movie yang diadaptasi dari novel, jalan ceritanya nampak macam terkejar-kejar. Banyak juga babak best dalam novel tak dilakonkan dalam movie. Tapi masih boleh dihayati, berkali-kali jugak aku menangis. Ehem buat muka pelik jee, haha kiutnye !



# Maya Karin berjaya sangat bawak watak kampung dia. Aaron Aziz lak buat aku tak tahan bila babak dia menangis, terus aku join menangis sekali. Lisa Surihani lak, err, aku rasa macam tak berapa nak jadi sangat sebab lakonan dia nampak sangat macam berlakon, tak natural. Banyak kali gak aku dan ehem buat muka stone bila ada babak Lisa Surihani. =.="

# Apa-apa pun, aku prefer untuk baca novel dan berimaginasi sendiri. Sebab novel lagi sweet dari movie ni. Tapi tak rugi pun kalau korang pergi tengok kat wayang :)


Teringat pula zaman novel Ombak Rindu ni tengah hot. Masa tu aku sekolah menengah lagi. Zaman muda remaja kan, aku siap hafal lagi muka surat yang ada babak yang sweet sweet. Lepas tu baca berulang-ulang kali, berangan dan senyum sorang-sorang. :)
Elehh, korang pun sama kan ?

6 comments:

Cheek Eyka said...

hai...angah here...
wah..best nye...dlm x nk tgk citer melayu 2 leh plak beratur pnjang at P.wayang 2..kihkih3..
sweetnye tgk wayang dgn ehemm...
=)

blog spy || angah..

FarhanahAdzlan said...

citer ni ni memang sangat2 best..
memang ada part yg nak nangis tp orang belakang gelak plak part sedih..xjadi nak nangis~

yura said...

hai...teringin sangt nak tengok tp x sempat2.... ni la first time bce novel sampai nabgis2 huh sedih sgt citenye...

h A n Y S said...

alahaiii..hanys jenis kurang nak tgk cite melayu kat wayang since ade astro first ni, tapi bila dah ghamaaai beno kata cite ni tangkap leleh punya, ni yg rasa nak tengok gak niii..grrr ;p

FFaizdnor said...

aah novel lagi best --'

Sheila Radzi said...

xberapa nak bes sgt kan? btl2 terkejar-kejar ceta dia..huhuhu