Followers

Hujung Minggu Bersama RayBan


Hai awak, awak dan awak :)

Pheww asyik tak ber-update je blog tak best ni kan ? Maaf ya, banyak sangat jemputan konsert, lagi-lagi nak dekat final exam ni. Semalam, selesai sudah satu konsert ; Sukan Antara Fakulti 2011 di Stadium UiTM Shah Alam. Aku dengan last menet nya terpaksa join perbarisan jadi pemegang palcard/sepanduk untuk fakulti. Redah je pakai kebarung yang warna nya lari sangat dengan warna tema perbarisan. Argh lantak lah kan, janji glamour ahahaha.



Ehh apa kat belakang aku tu ? Haa itu laa maskot fakulti kitorang ; Akatsuki. Si pemakai maskot ni pun pilih last menet haha. Alhamdulillah perbarisan berjalan dengan lancar. Nak tahu siapa pemenang-pemenang perbarisan malam tadi ?

#1 : Fakulti Muzik
#2 : Fakulti Perubatan
#3 : Fakulti Pengurusan Perniagaan

Tutup cerita pasal SAF, buka cerita pasal BBQ bersama classmates pagi tadi ! Walaupun terpaksa bangun awal di hari Ahad yang nyaman untuk tidur sampai tengah hari, tapi demi MAKAN FREE aku sanggup lah tak tidur punnn HAHA.

Perghh perut aku berbunyik balik bila tengok ayam ni.

Antara hidangan sarapan kitorang hari ni HAHA.

Giliran bebudak lelaki pulak masak untuk bebudak perempuan, LIKEEE !



Dah lama tak berkumpul macam ni, sejak kitorang dipisahkan menjadi 2 group. Jumpa pun jarang-jarang. Tapi semester depan kitorang semua satu group balik ! Yeahh boleh buat BBQ dalam kelas lak lepas ni HAHA.

Last sekali, tengok lah bebudak kelas aku bergaya dengan RayBan. Pilih lah mana satu paling korang berkenan :)



Tak berkenan langsung dengan gambar kat atas ? Haa tengok kat bawah ni, si pemakai RayBan terHENSEM dalam entry niii !

***
***
***
***
***




Sekian sahaja hujung minggu bersama RayBan. Rasa sangat hensem hujung minggu ni ahahaha :)


10 comments:

miss senyum said...

wahh handsome2 yang bawah sekali tu, btw dah jadi pink pulak this blog hee

wanabee said...

handsome2 der rayban XD

myra abdullah said...

huhuhu.ayam panggang tuh pon hensem.haha

mizyana mississippi said...

hye!! same fac with me..now i remember penah nmpk u kat mne..

Tyratyra said...

MissSenyum ; hehehe sajee tuka keadaan sekeliling heheheh

WanaBee ; mesti laa, name pun RayBan pinjam konfem hensem punyeeee :D

Myra ; kalau yg tuh memang paling hensem la kan haha.

Mizyana ; oh really ? kalau jumpa senyum la heee :)

starzieti said...

ayam tuh nampak sedap sangat2. :D

emy zulaiha said...

nak tandatangan pemakai rayban terhensem tue boleh?haha

Balqis Azhar said...

Jom join segmen azam anda untuk 2012 di blog balqis <3 Yeyyy 2012 , welcome 2012 !

ain said...

hey , cool pitcha , do follow mine sis !

Tyratyra said...

Starzieti ; Sedap sangat, seriously :)

EmyZulaiha ; Bolehhh, beratur ya ? Haha poyonyee =.="

BalqisAzhar ; Okay InsyaAllah :)

Ain ; Thanks, InsyaAllah :)