Followers

Kenapa Huruf Kat Keyboard Tak Ikut Susunan ?

Hai awak, awak dan awak :)

Pheww, semalam hari yang sangat menyakitkan pinggang dan jari. Dari pukul 2 petang sampai 11 malam, aku dan 2 orang kawan aku, duduk depan laptop menyiapkan report BEL sambil pegang kamus Longman yang tebal dan berat tuhh. Dasyat kan, memang tak sedar masa berlalu, sedar-sedar je dah pukul 11 malam. Nasib lah jadi student yang buat assignment last minute HAHA.

Masa tengah sibuk menaip ayat in English yang sememangnya tunggang-langgang grammar nya, aku pandang keyboard laptop aku, berfikir panjang dan bertanya kepada 2 orang kawan aku yang masing-masing tengah berkerut dahi ;

"Kenapa huruf-huruf kat keyboard ni tak disusun ikut urutan macam ABCD bla bla bla ?"

Semua terdiam. Dan tadi aku dah buat research sket *HAHA taley bla research =.=* , dan korang rasa kenapa ? Kalau korang tau pun korang kena baca jugak okayyyy. :)

Baca, jangan tak baca !

# Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD tapi bila disusun macam ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem kan mesin taip dia. So Scholes pun invent sistem QWERTY ni.

# Sebenarnya sistem QWERTY ni dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan ? Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan, dan kita jadi lebih relaks bila menaip.

# Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, so kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan, dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.

# Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai ? Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti korang perasan.



Ini lah antara yang aku faham dari research yang aku buat HAHA.
So, korang semua setuju tak ? :)

3 comments:

Nur Qistinaa said...

nice sharing:)

Tyratyra said...

#NurQistina ; Hehehe thanks :)

✿Ziera✿ said...

nice entry :)