Followers

Kisah Tahun Baru


Hai awak, awak dan awak.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan meninggalkan 2011. Ramai blogger dah cerita tentang azam masing-masing untuk 2012. Nak kurus lah, nak cari boyfriend baru lah, nak Ipad lah, nak DSLR lah, nak Galaxy Tab lah, macam-macam :) Untung lahh boleh berharap untuk dapatkan gadget beriban-riban tuu. 2011, antara tahun yang terindah untuk aku. Tanpa sedar, dah bermacam benda aku lalui dengan keluarga, kawan-kawan, ehemm dan entah siapa-siapa entah hihi. Alhamdulillah, masih kekal disini.

Soo, sekarang turn aku pula nak cerita pasal azam baruu ! Actually, aku jarang berazam sesuatu dengan serius, sebab aku lebih selesa go with the flow. Wait and see apa yang bakal terjadi. Jika salah, perbetulkan. Jika betul, permudahkan. Senang kan hidup macam ni ? Hehehe tak senang sebenarnya. =.="



Teruskan hidup di tahun baru dengan perbuatan yang memberi faedah kepada diri sendiri ;
# Study teruk-teruk untuk final exam yang akan bermula Rabu ini =.="
Dapatkan CGPA best-best supaya tak pening bila grad nanti. Dan paling penting : supaya tak menyesal bila dapat result HAHAHA. Goodluck untuk semua student degree :)

Teruskan hidup di tahun baru dengan perbuatan yang menjamin masa depan ;
# Jimat-jimat duit JPA so takpayah mintak duit kat mak abah bila hujung semester =.="
Ini bermakna, kena kawal nafsu shopping dan makan yang semakin berleluasa ni. Maklum lah, perempuan kan ada 9 nafsu dan 1 akal.

Teruskan hidup di tahun baru dengan perbuatan yang membahagiakan keluarga ;
# Kena selalu balik ke rumah sebab kesian kat mak selalu tinggal kat rumah sorang-sorang :(
Aku di Shah Alam, adik sorang di Penang dan sorang lagi masih bersekolah. Abah pula kerja dan hari-hari main badminton dengan kawan-kawannya. Semalam kami 3 beradik ada di rumah, mak cakap
"hari tu mak menangis bila sorang-sorang kat rumah". Sedihnya.

Teruskan hidup di tahun baru dengan perbuatan yang akan membantu di akhirat nanti ;
# Berusaha untuk tak tinggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, dan perbanyakkan ibadat sunat :)
Ini lah azam yang paling penting sekali. Aku rasa tak pernah lagi tinggalkan solat dengan sengaja, kalau tak sengaja atau terlupa tu ada la juga. Jum kita perbaiki amalan kita sama-sama ! :)


Teruskan hidup di tahun baru dengan perbuatan yang buat orang lain selesa ;
# Kena sentiasa berfikir sebelum bercakap, dan ubah penampilan macam gadis berumur 21 tahun :)
Dah taknak dah pakai baju ketat-ketat dan hanya berparas pinggang. Dan taknak pakai tudung atau shawl tapi tak tutup dada. Nanti lelaki pandang-pandang macam kita tak pakai baju. Tak suka dan malu =.="

Teruskan hidup di tahun baru dengan perbuatan yang mengekalkan hubungan ;
# Nak kurangkan sifat mengada-ngada, sensitif dan pentingkan diri sendiri HAHA =.="
Kesian ehem kena layan perangai aku yang macam-macam, aku pun naik rimas dengan perangai sendiri. Muka dah tua tapi perangai still macam budak-budak.


Ehh macam banyak lak tiba-tiba HAHA. Dah-dah lah ni, azam yang sebenar-benarnya just nak jadikan hidup tu lebih baik dan jadikan diri better than before. Dan malam tahun baru ni nak duduk diam-diam kat rumah sewa, nanti tengok fireworks dari I-City kat tingkap rumah je laa hahaha.




Tetibaaaaaaa =.="
Selamat tahun baru untuk semua pembaca blog tak best nii :)

2 comments:

Rozuan Ismail said...

sama2 kita amalkan.salam tahun baru

Nurul Alyaa said...

Selamat tahun baru jugak!
^-^