Followers

No-tension-kan Diri Anda

Hai awak, awak dan awak :)

Lepas dah terkena dengan Blogger hari tu, mula lah berazam nak kerap update blog yang tak best ni. Tapi malangnya azam hanya seperti melepaskan batuk ketika terbangun dari tidur, bukannya nak terus bangun tapi terus sambung tidur =.="

Haa bertukar wajah lagi blog ni. Saje jee, tengah tension melayan kesibukan dengan jemputan konsert, rasa gatal tangan pulak nak tukar header dan background. Last-last jadi macam ni je lah HAHA. Itulah, kita ni lagi-lagi yang still study kat uni or matrik or politeknik or kolej or apa saja lah, mesti tak terlepas dengan rasa tension bila TERPAKSA study sebab ada test kan ? Aku memang benci dengan rasa TERPAKSA tu, tapi ada caranya untuk hilangkan rasa dipaksa tu. Haa nak tahu tak ? Mesti lah nak kan, hohoho.

Kalau nak diikutkan, aku ni memang pemalas nombor 1 kalau bab study bila nak test. Tak kisah la subjek feveret ke tak feveret ke aku memang cepat tension sebab aku memang tak suka belajar ! Hahaha. So apa cara aku nak hilangkan tension ni supaya aku boleh terus study ?


 # 1 : Makan, makan dan makan
Rasanya semua orang tahu yang makan ni otometik boleh hilangkan tension. Siapa tak hepy bila perut kenyang kan ? Dapat pulak kat orang yang suka makan macam aku ni. Aku tension bila aku lapar, lagi-lagi bila kena study. Bila aku kenyang, baru aku boleh study 10 minit lepas tu tidur HAHA. Better than nothing, kan ? :)



 # 2 : Kemas rumah
Ahha aku sangat suka mengemas sebenarnya, lagi-lagi bila aku duduk sorang-sorang kat rumah. So, bila aku tension mengadap buku sampai tangan dah kejang tekan kalkulator, aku campak buku dan kalkulator tu, aku capai penyapu dan sapu bilik ruang tamu dapur semua. Bila dah bersih, rasa puas hati gila weh. Kalau still rasa tension, aku duk berus mangkuk tandas lantai tandas semua habis aku sental. Kalau tak puas hati lagi ? Aku duk aerobik la kat tengah-tengah rumah sebab da sakit badan. =.="



 # 3 : Tidurrrrr
Ini lah cara paling mujarab untuk hilangkan tension. Memang takde yang lebih hebat lah dari penangan tidur ni. Prinsip aku macam ni tau ; buat apa tension-tension study sampai takley nak masuk apa pun dalam otak, lebih baik tidur, untung-untung dapat mimpi ehem. Okay dah hahahaha.



 # 4 : Termenung dan berangan
Aku bila dah tension sangat, aku mesti blur sampai taktau nak buat apa. Cara terbaik untuk memulihkan otak seperti sediakala adalah, berdiri tegak kat veranda rumah dan berangan konon-konon atas kapal cam Titanik. Kalau malas sangat, duduk termenung dan menongkat dagu sambil menikmati tiupan angin. Tapi jangan pulak korang buat macam tu bila matahari tengah tepat-tepat mengadap veranda rumah korang tuuu. Nanti bertambah tension puleee.



 # 5 : Ketawa diluar kawalan
Hahaha agak-agak la diluar kawalan, kena kawal jugak tau. Aku konfem akan ketawa berlebih-lebihan bila aku tension. Kadang-kadang benda tak lawak pun boleh buat aku ketawa terguling-guling. Dasyat kan. Tapi okay lah tu, lepas ketawa hilang terus tension aku. Tapi biasanya bila dah gelak banyak-banyak ni, susah nak stop. Terus tutup buku, dan sambung gelak HAHA.



 # 6 : Dating dengan Allah
Tapi dalam banyak-banyak cara nak hilangkan tension, inilah cara yang paling baik dan mujarab sekali. Bila dah buat Structure ke Hydro ke ape ke, kira banyak-banyak kali tak dapat gak jawapan, tutup buku, pergi ambil wuduk dan terus solat. Jangan lupa baca Al-Quran sekali, Insyaallah selepas tu proses study tu akan jadi lebih mudah :)




Ini antara cara-cara yang aku amalkan, korang pula macam mana ? :)


No comments: