Followers

Kisah Selepas 10 Hari Menyepi


Hai awak, awak dan awak :)

Kali terakhir blog-tak-best ini di-update adalah pada 11 Januari 2012. Wow dah 10 hari aku mengabaikan blog sendiri. Hahaha maaf ya kepada semua followers, semester ni entah kenapa macam banyak benda nak buat selain ber-blogging. Serious, rindu sangat nak merapu dan menjelajah ke blog lain dengan kerap. Sigh.

Dan ada yang tertanya-tanya kemana aku menghilang dan apa dah jadi dengan aku sepanjang 10 hari ni ? Meh aku cerita satu persatu kat korang ehh. Baca tauu, entry hari ni panjang sikit heee :)

1. Final exam dah pun selamat ditempuhi dengan tabah dan jum clap-clap sikit sebab aku rasa sem ni aku sangat rajin belajar ketika exam ! Ini semua sebab semua housemates aku jenis yang kuat belajar so nak taknak aku terpaksa la terpengaruh sama hihi. Aku dah berusaha, and now let Allah do the rest :)

2. Selepas sekian lama tak menyambut birthday orang dengan serius, aku and my ladies planned sambut birthday kawan kitorang ; Atikah Seri. Seronok dapat makan kek, makan nasik dan ayam Ayamas. Tak lupa juga dengan sup yang teramat sedap yang salah seorang tukang masaknya adalah aku ! Clap-clap lagiii yeayy ! Jum tengok gambar pulakk :)

Inilah dia birthday girl. Sweet 21 sayang :)
Barisan gadis-gadis saya :)
Inilah diaaaa sup yang tersedap di dunia ituuuuuuuu :D
Dan inilah tukang-tukang masaknyaa. Clap clap !

Gambar paling best sepanjang proses menyambut birthday Atikah Seri :

Mandi tepung !

Dah nama pun birthday girl, kena prank macam mana pun tetap kena senyum kan :)

3. Balik ke rumah sekejap lepas final exam, dan semalam aku sekeluarga dan sedara pergi membuncitkan perut ke sebuah kedai makanan Arab di Cyberjaya ; Restoran Saba. Well, first time rasanya makan makanan Arab ni. Tak berapa nak kena dengan tekak aku, maklumlah, pure Melayu kan HAHA. Tapi nasi yang berlauk daging kambing kat kedai ni memang terbaik !

Menu pun nak bergambar jugakk :)
Inilah nasi berlaukkan kambing yang sedap tuu. Aku makan sikit je sebab aku pesan main course lain. Tapi serius sedap nasi nii :)

Inilah main course yang aku pesan ; Chicken Kebab. Aku dah konfius sebab kebab nya tak sama pulak dengan kebab yang jual kat pasar malam. Dan kesimpulannya memang tak kena langsung dengan tekak dan selera aku. =="

Yang ni Mushroom Soup dan Mango Juice yang pekat gilaaaa macam takde air langsung.

Walaupun banyak naa komen, tetap makan semua sampai habis haha. Haa tengok, perut Domo pun dah buncit =.="



Yang terakhir sekali, Selasa ni aku akan bergerak ke Terengganu sebab ada program anak angkat disana selama SEMINGGU okay. So, SEMINGGU la blog ini akan terabai sekali lagi HAHA. Selepas seminggu di Terengganu, lepas tu 4 hari merantau dari Shah Alam-Penang-Langkawi-Arau-Shah Alam. Haaaaa, mampu nak travel sampai 4 tempat dalam masa 2 minggu ? Tak sabar nak rasa kepenatan yang teramat sangat nanti :)

Tapi, saya dah rindu kat family dan ehemm sayaa :(


1 comment:

wilhelmina said...

Hai Tyra ..maaf aku lambat balas blogwalking awak kat blog aku..sbb pi star track" seminggu...hehehhe..pi Alor Staq ler.Thanx
Selamat belajar yea.!