Followers

Oh No ! Dagu Berlapis !

Hai awak, awak dan awak :)

Baru je lepas mengahadapi 3 paper final exam, so faham-faham je lah kenapa blog ni tak ber-update :) Lepas ni ada 1 paper lagi, itu pun Khamis depan. Lepas tu, merdeka sementara dan cuti sebulan. Wahh seriously tak sabar ;D

Okay dah nama pun minggu exam kan, confirm study gila-gila punya. Housemate aku pula jenis yang memang rajin study, nak taknak aku pun terpengaruh juga lah. Bila dah sibuk study, ditambah pula dengan subjek yang memang susah tahap kritikal, secara jujurnya aku cakap yang aku tiada masa pun nak uruskan diri sendiri. Muka dah selebet gila, bila keluar pun selekeh je, makan pula makin banyak sebab bila study confirm cepat lapar kan. Lagi satu MASALAH BESAR iaitu badan dah mula mengembang. =.="

Rasanya tiada perempuan yang nak gemuk kan. Berat naik sekilo pun dah down semacam. Walaupun orang sekeliling selalu cakap aku kurus lah slim lah, tapi badan sendiri, sendiri tahu la kan. Ada certain-certain part pada badan aku yang dah mula mempamerkan lemak yang indah iaitu dagu. Dagu aku dah berlapis dan kelihatan sangat indah disitu. =.="


Mesti ada antara pembaca blog-tak-best ni menghadapi masalah yang sama. Kalau korang nak tahuu, dagu berlapis ni terhasil disebabkan beberapa perbuatan tanpa kita sedar. Antaranya :

# Selalu membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan.
# Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kalau bab tunduk ketika duduk tu memang hari-hari lah aku buat sepanjang exam week ni. Yelah, takkan lah nak study mendongak kann. So, macam mana nak hilangkan lapisan yang tidak diundang kat dagu kita ni ? Ahha, ikut cara-cara dibawah :

# Cuba untuk tidak membongkok/tunduk ketika duduk, berdiri dan berjalan.
# Jaga pemakanan supaya tak berlebihan.
# Selalu urut dagu dengan pergerakan dari bawah ke atas.

Kemudian, ada sedikit senaman yang boleh kita amalkan bersama-sama : 

# Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.
# Jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti kita akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
# Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

Macam pelik je kan senamannya HAHA. Tapi apa salahnya kalau kita mencuba kan ? Jum senaman kan dagu sambil study ! Jyeahh.


6 comments:

cIk JanNah said...

huaa jannah pon same tetiba (eh tetiba la sgt) dagu berlapis-lapis. lately kerap betol mkn tgh malam. thanks for the tips :)

Onitsuka_hana said...

xmau dagu berlapis. tapi kan slalu pakai tudung yang pakai kerongsang bawah dagu pu nampak mcm dagu berlapis.hehe

cik Kartun said...

nice entry :)

myra abdullah said...

hehe..senaman ringan =)
tp still malas nk buat.huhuhu

anyway,gud luck for ur exam =)

Tyratyra said...

#CikJannah ; huaa same la kitee. asekkk nak makan jee.

#OnitsukaHana ; tu la pasal, nampak cam buruk bila ada dagu berlapis, lagi-lagi bila pakai tudung. sigh.

#CikKartun ; thanks ! :)

#MyraAbdullah ; hehe tenkiuuu :)

Atiqah Razak said...

Sy kurus but I have that. Grr