Followers

Personaliti & Kasut Sekolah


Hai awak, awak dan awak :)

Nak hilangkan bosan study, kenalah update blog kan. Inilah untungnya jadi blogger. Bila tension atau bosan, macam-macam benda nak merapu :)
Adik bongsu aku dah nak masuk sekolah menengah esok. Kejap je dah besar adik aku. Kejap lagi tinggi melangit lah dia. Terus memecahkan rekod aku jadi orang terpendek kat rumah. Sigh. Tapi takpe, aku redha. Hahahaha. Jumaat lepas dia ada orentasi kat sekolah baru dia. Bila tengok dia pakai kasut sekolah, teringat pulak kisah dulu-dulu kat SMK Banting :)

Masa zaman sekolah aku dulu, kitorang selalu bezakan personaliti seseorang melalui jenis kasut yang dipakai. Taktahu lah kalau zaman sekarang ada lagi fahaman macam ni. Hahaha, dah 4 tahun aku meninggalkan sekolah, lama lah tu kan ? Kalau nak tau orang tu macam mana, kena tengok kasut sekolah diorang dulu. ;)

Dulu, aku pun pakai jugak kasut sekolah macam ni masa sekolah. Pada pandangan aku, bebudak yang pakai kasut camni, COOL & STYLE. Hahaha ada macam puji diri sendiri tak ? Hehe tapi memang betul, lagi-lagi bebudak lelaki. Nampak hensemmm & style je bila pakai kasut camni. Taktahu lah kenapa hihihi. Plus, orang tu akan nampak macam budak pandai kalau pakai kasut ni :)




Kalau untuk kategori kasut camni pulak, konfem-konfem aku akan fikir budak tu skema. Hahaha. Sebab nampak macam diorang tak reti ikat tali kasut, ataupun sebab nak cepat nak pergi sekolah tu yang beli kasut camtu je. Ringkas dan cepat hehehe. Lagipun biasanya bebudak sekolah rendah yang pakai kasut macam ni hehehehe.


Ahha kalau kasut camni pulak, dalam kepala aku terus cop yang budak ni mat/minah rempit. Tak pun budak kelas belakang-belakang. Sebab kebiasaan bebudak yang pakai kasut jenis ni, diorang mesti ber-kain banjir/singkat dan ber-seluar cikang/kecik kat bawah. Bagi aku, nampak selekeh sangat. Kalau pun diorang tak ber-kain banjir / ber-seluar cikang, diorang mesti budak baik, tapi nakal hehehe. Tapi tak semua yang pakai kasut camni aku cop macam tu. Jangan ada yang terasa pulak !


Last sekali, kasut macam ni. Masa sekolah dulu aku tak suka kasut macam ni, sekarang baru aku suka hahaha. Tapi masa sekola dulu, kalau aku nampak orang pakai kasut camni, ke-style-an nya bergantung kat keadaan seluar/kain sekolah si pemakai. Macam kasut yang kat atas jugak. Kalau kemas, konfem hensem, cun dan ada style lah ! :)

Tapi semua orang tahu kan, penampilan menggambarkan personaliti. Semua ni tanggapan aku masa aku masih bersekolah, masih belasan tahun, fikiran tak matang pun lagi. Sekarang takde masa lah nak fikir benda macam ni. Janji kemas sudah kan hehehe. Haih rindunye kat zaman sekolah :)



4 comments:

~ ika popo ~ said...

betul tu..
Sekarang dah besar takde masa nak fikir benda macam ni..asalkan kemas sudah..hehe

Mishter Izwän said...

semat nye kasut tuh, faveret sy time skolah, tp tak mmmpu

ratu zuleyqha said...

HAHA ! btollah, pendapat kte same (:

Eyfa Zalifa said...

tag ssi dlm GA tau..by nemomimosh:)