Followers

Bestnya Follow & Blogwalking !


Hai awak, awak dan awak :)

Setuju tak yang saling meng-follow blog dan blogwalking ni sangat menyeronokkan. Tadi kan aku baru je join segmen untuk menarik lebih ramai lagi blogger untuk berehat-sebentar-bersama-KitKat kat blog ni. Lepas tu, aku pun singgah la jugak ke blog-blog yang join segmen ni. Dan, kenapa follow dan blogwalking ni menyeronokkan bagi aku ? Ahha, jum baca kat bawah ni.


# Memberi semangat kepada blogger baru
Tadi tengah rajin nak ber-blogwalking, banyak juga blog-blog baru ni. Mungkin rupa blognya tak berapa nak indah sangat dan pengisian pun takde, macam blog aku juga lah masa baru mula-mula mengatal nak buat blog. Dan, apa salahnya kalau kita follow blog-blog baru ni dengan niat memberi sokongan dan semangat kat diorang untuk memenarikkan blog diorang sendiri kan ? Sebab, masa aku mula-mula jadi blogger, aku pun mengharap benda yang sama. :)

# Memberi idea untuk update blog
Ahha, orang macam aku ni memang susah sangat nak dapat idea. Tapi bila ada idea, tak cukup jari nak menaip. Bila tengah kering kontang takde idea, aku pun berjalan-jalan ke blog orang. Lagi banyak blog yang aku follow, lagi banyak la blog boleh aku jalan dan lagi banyak entry-entry yang bakal memberi idea kat otak aku ni. Win-win situation, right ? :)

# Dapat baca entry-entry best, terkini dan aneh
Aku ni jenis jarang baca paper, baca by online pun malas. Tengok berita lagi lah haha. So, dengan ada nye blog-blog yang aku follow, aku dapat tahu gosip-gosip terbaru hinggalah cerita-cerita aneh seluruh dunia. Lepas tu, berlagak tanya kat kawan-kawan ; "Ehh kau tahu tak, ada bla bla blaa" dan diorang hanya mampu menggeleng dan terdiam sebab diorang taktahu pasal cerita yang aku bebelkan tu, HAHA tak ke banggaaaa !

# Memberi idea untuk meng-edit blog
Jujur aku cakap, aku sukaaaa sangat jogging kat blog bebudak sekolah, sebab blog diorang kawaiii gilaa. Berani lak tu guna classic template, kagum betul aku, kecik-kecik lagi da pandai main html code semua. Dulu aku rajin jugak, last-last hancur hahaha. Tapi, dari blog diorang la aku dapat idea untuk mengubah wajah blog aku jadi macam sekarang. Thanks adik-adik ! :D

# Menambah kenalan
Aku ni bukanlah jenis pandai berkawan, kalau dengan orang yang aku tak kenal, memang aku tak layan. Bukan sombong, tapi tak reti. Tapi dengan adanya blog, hari-hari aku baca kisah hidup blogger yang aku follow, so aku rasa macam diorang ni dah jadi kawan aku walaupun sebenarnya tak kenal. Well, dengan blog lah kita dapat kenal orang tu macam mana kan ?

Walau macam mane pun, aku tetap tak suka "Done follow you, follow me back !" ataupun "Follow saya dulu baru saya follow awak !". Awak, ayat tu annoying sangat lah. =.="


Sakit bahu aku ni, tangan kanan aku asyik bekerja dari pagi sampai la malam. Eh, sekarang kan cuti semester, tak kerja part time pulak. Habis tu, apa yang aku buat sepanjang hari ? Jeng jeng jenggg,
SURPRISE SURPRISE !


10 comments:

ieyla_667 said...

betul! follow n blogwalk memang best tapi tak best bila rasa macam dipaksarela follow :)

btw, cantik sangat blog tyra :D
salam kenal!

~Tinkerstar@shine~ said...

wa..cantek la blog..terpegun tgk background bunga tu.
btw,singgah dan "Hi!"
:)

Spudin said...

YA! smgt3 ..hehe

nurmujahidah said...

dah klick nuffnang yang churp2 tu,, :D

Tyratyra said...

@Ieyla667 ; yupp, tade sape suka kena pakse kan. hehe thanks iela !

@Tinkerstar ; haha siap terpegun tu, ada lagi blog yg cantik kan hehe, and Hi too !

@Spudin ; haha memang tengah membara-bara semangat nii.

@Nurmujahidah ; hehe tenkiuu :)

BuDaK KaMPuNG said...

errrmm, . . . yup, macam tu lah , . . . datang menjenguk . . . . . . :D

assalamualaikum, .. . . .

missina said...

oo ye ke,,baguslah smgt blogwalking tu kan,,errrr tapi kan,,kat komen blog sy ckap follow,,tapi takdepun lam widget follower tu,,;)

Tyratyra said...

@BudakKampung ; hehe waalaikumussalam :)

@Missina ; ehh yeke ? ok2 dah follow dah hehehe.

Mekar said...

Banyak manfaatnya bila kita rajin blogwalking dan tinggalkan komen kat blog org :-)

from : mymekar.com

Tyratyra said...

@Mekar ; setuju !