Followers

Komik Memang Best, Tapi..


Hai awak, awak dan awak :)


Haaaa amacam, banyak tak koleksi komik aku ? HAHAHA. Aku dengan adik aku, Dyba memang suka gila baca komik. Bila ada duit, setiap kali keluar mana-mana, confirm bawak balik satu atau dua komik. Kalau dikira-kira balik duit yang dah kitorang guna beli komik-komik ni semua, aku rase mau kitorang mengeluh panjang.

Kalau nak bandingkan ke-best-an novel dan komik, bagi aku komik ni lagi best. Sebab ada visual contact, tak payah susah-susah nak imagine situasi macam baca novel, sebab semuanya dah terlukis. Mimik muka dan mood sesuatu dialog pun kita boleh tau. Tapi ada satu je kelemahan membaca komik ni ;

Kita akan berangan/berfikir di luar batasan atau tak realistik.
Nak tahu sebab apa ?

# Perigi cari timba
Konsep perempuan cari lelaki ni memang berleluasa dalam dunia komik Jepun. Jarang lah aku nak jumpa lelaki approach perempuan dalam komik. Senang cerita, watak perempuan dalam komik ni yang akan mulakan semuanya, contohnya yang mintak couple confirm perempuan. Yang lelaki lak asyik bajet hot tunggu perempuan mana-mana yang gilakan dia mintak couple. Kadang-kadang aku terfikir, orang Jepun memang camtu ke ?

# Watak lelaki yang perfect
Aneh, setiap watak lelaki dalam komik mesti hensem, pandai, cool, famous amos dan aktif dalam sukan. Macam nonsense. Mana ada lelaki yang perfect macam tu. Ini membuatkan otaku macam aku ni berangan-angan nak ade pakwe perfect macam tu. Padahal benda tu takan mungkin terjadi. Hakikat memang menyedihkan =.="

 # Watak perempuan yang cute 24/7
Yaa, aku tahu, semua komikers pandai melukis, dan diorang akan lukis watak yang kawaii kawaii jee. Dalam cerita tu cakap perempuan tu hodoh, pendek, anti-sosial dan sebagainya tapi dalam lukisan bukan main kiutt lagi. Apekah. Gadis Jepun memang stok comel-comel je ke ? Yang gemuk pendek macam aku takde ?

# Seks luar nikah
Tak payah la korang nak cari komik yang ada babak tak berfaedah ni. Semuanya da di-censored kan. Tapi tu lah, bercinta ketika sekolah, merajuk mengada, kiss kiss, orang ketiga, menangis putus cinta, tapi kuasa cinta sejati tak dapat memisahkan couple tu, dan kemudian, melakukan seks untuk menguatkan lagi kasih sayang. Kalau orang tua macam aku ni takpe lah, boleh berfikir secara rasional cewaaahh. Cube bebudak remaja yang otak tak stabil lagi baca komik macam ni, tak mustahil diorang akan praktikkan.

Aku bukanlah nak condemn komik-komik yang ada kat Malaysia ni, sebab komik yang dikeluarkan oleh pelukis negara kita  memang bagus, sesuai lah dengan ketimuran kita ni. Tapi tu lah, nak buat apa pun sekarang kena jugak berfikir akan baik buruknya, termasuk lah baca komik. Baca boleh, tapi jangan la amalkan apa yang ada dalam komik tu lagi-lagi komik dari luar.


Syok gila layan Lawak Kampus, adik aku Addin sanggup gadaikan duit belanja dia kumpul Lawak Kampus ni, maklumlahh ;

Kemana tumpahnya sup kentang kalau tak ke nasik putih yang baru masak. Sedapnyaa ! :)


Ehh, ce klik benda kat bawah ni :) :

11 comments:

wanabee said...

lawak kampus ada certain yang merapu...sampai tak tergelak..tapi kalau dah lawak tu... baca balik byk kali. hahaha

komik kawai2 tu terlalu comel sangat..bahaya diamalkan...nanti selalu berangan..wakakaka XD

i Pakcik Zharul said...

haha sangat true kan.
perfect guy sangattttt dlaam komik ~ lol

love this entry!

Tyratyra said...

@Wanabee ; haha tau takpe, tapi Lawak Kampus memang terbaik dari ladang hehe. Berangan tu perlu cik wana hehehe.

@IPakcikZharul ; yeap, tak realistik langsung hahaha, thanks ! :)

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

mak aihh..manyaknyaa..hehe
xpenah baca lawak kampus..gila lame kan..haha

kbai!

TUGAU GATES said...

yeah2..gua setuju sma lu..
pernah baca komik gay tak?sumpah,gua tak snggup nk baca lagi..ergghh..hahaha

Tyratyra said...

@Syafawani ; hehe takpe, lepas ni try la bace, best taw !

@TugauGates ; ehh tak pernah lak, macam takut je ? hahaha.

girang [dot] taemin said...

wah~ kOmik memang besh! esp lau ada cite sal skOlah2 ni. memang eksaited nk baca. (Y)

Tyratyra said...

@GirangDotTaemin ; haha memang best, rase cam indah je kan hehehe.

ciksukaberangan said...

baca komik memang best la. watak yang kacak2 hensem2. awek pula yang cun2. haha. memang semuanya indah tapi hakikat di dunia realiti tak seindah begitu tapi cinta sejati tetap wujud :)

Tyratyra said...

@CikSukaBerangan ; yupp, rase macam di awang-awangan je kan hehehe.

ciksukaberangan said...

yeah :)