Followers

Oh No ! Perut Buncit Pulak !


Hai awak, awak dan awak :)

Pheww, lebih seminggu tak berupdate blog-tak-best nii sebab seminggu aku di Kerteh, Terengganu mengikut sebuah program anak angkat disana. Aku taknak la cerita pasal program tu sekarang sebab gambar tiadaaaa. Fotografer program busy sedikit so kena lah tunggu. Bila dah dapat gambar, aku cerita kat korang okay ? :)

Okay, seminggu di Kerteh bersama keluarga angkat yang pada mulanya tidak dikenali tetapi akhirnya membuahkan kasih sayang kami antara adik-beradik angkat dan keluarga angkat. Yeahh, memori yang indah, dan pasti tak akan pernah dilupakan. Selain kenangan yang kami semua bawak balik ke Shah Alam, ada sesuatu yang turut kami bawak. Iaitu, perut yang buncit =.="

Kalau macam aku yang memang dah semulajadi buncit ni bak kata ehemm sayee, makin bertambah buncit lah kan. Selama seminggu ni, aku tak ingat bila masa aku rasa lapar teramat sebab bila balik rumah je macam-macam makanan dah tersedia depan tv. Seriously, heaven gilaaaa ! Thanks kat semua keluarga angkat kami yang setia menjamu kami dengan bermacam makanan sedap setiap hari sampai setiap pagi mengeluh sebab seluar dah ketat ! :D

Sekarang, dah balik ke rumah masing-masing. Inilah masanya nak kempiskan perut balik ! Hahaha. Nak tahu tips-tips yang boleh buang segala lemak kat dinding perut kita ? Baca dan amalkan yaa :)

**Hari tu dagu berlapis, sekarang perut buncit pulakk =.="


# Asam jawa
Ramas air asam jawa dalam 1 gelas. Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk. Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

# Kapur makan & limau
Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

# Teh O limau tanpa gula
Minum teh tanpa gula yang dicampur dengan limau nipis setiap pagi. Amalkan meminum air ini dan Insyaallah perut korang yang buncit akan menjadi kempis.

# Jus oren atau limau
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak.

# Minum 8 gelas air sehari
Ahha ini yang paling penting. Air dapat mengurangkan selera makan kita secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, mesti korang takkan makan dengan banyak.

**sumber, sumber.

Sebenarnya banyak lagi tips, kalau korang nak tahu klik la kat link sumber yang aku letak tadi. Jum kita amalkan petua kat atas sama-sama. Mana lah tahu berkesan kan, takde la ehem kutuk aku buncit lagii hihihi. Bye korang !

10 comments:

dylli said...

perut buncit? HAHAHAHAHA...

hey! blog ni serius sweet gila! :)

Encik Fikhri said...

kalau perut tak kempis2 jugak macam mane?waaa..mcm susah je nk kempis balik ni.haha

Tyratyra said...

@Dylli ; serious buncit wehh ! hahaha. thanks ! bunyik cam da lame je tak jenguk blog aku. hehehe.

Tyratyra said...

@EncikFikhri ; emm kena pergi Slimworld la nampaknyee hehehehe.

Encik Fikhri said...

haha slim world ek..banyak duit..haha..xpe la gune je la petua awak ni sampai kempis..haha

Tyratyra said...

@EncikFikhri ; Hahaha kita cuba sama-sama okay ;)

Ain Farahana said...

U pn join program tu eh..

Tyratyra said...

@AinFarahana ; yupp, i AJK program tu. u join jugak ?

Noor Azreen Ben Abon said...

waa terbaiklah

Kuruskan Badan Dengan Cepat Tanpa Guna Produk!

Myra Abdullah said...

hai, i'm new here.
jemput singgah ke blog saya if you have your time.

http://beautifullmyra.blogspot.com/

thank you :)