Followers

Pasang Surut Air Laut, Bagaimana Ianya Terjadi ?

Hai awak, awak dan awak :)

Semasa program anak angkat di Kerteh haritu, aku dan urusetia program yang lain merancang nak 'dera' peserta dengan explorace. HAHAHA takde la mendera, sajaa bagi pengalaman kat dorang hehehe. Aku kena jaga checkpoint di pantai berhampiran kawasan kampung tu.

Aku ni memang seorang perempuan yang gilakan pantai tapi takutkan laut. Hahaha pelik kan. Sebab bagi aku, pantai la ciptaan Allah yang paling indah, dan laut pula tempat yang palinggg tak selamat. Kalau boleh bila aku dah kahwin and duit dah banyak, aku nak pindah kat area Terengganu ataupun Langkawi sebab pantai kat situ cantikkk. Tapi confirm aku takkan jejak laut kat situ =.="


Dan masa tu sementara menunggu peserta sampai ke checkpoint aku, aku duduk bawah pokok sambil makan Twisties. Lama aku merenung ke arah laut. Tiba-tiba aku terfikir :

Macam mana pasang surut laut boleh terjadi dan kemana air laut tu pergi masa air laut tengah surut ? Kena sejat ke ? Banyak la pulak air laut kena sejat kan. Kalau bukan, air tu meresap ke bawah laut ke ? Macam tak logik. Dah tu, ke mana air laut tu pergi ? Ke mana ke manaaaaaa ? =.="

And now, aku dah dapat jawapan ! Meh aku nak share dengan korang skett ;)

Pasang surut air terjadi disebabkan oleh tarikan daya graviti atau daya tarik menarik oleh bumi, bulan dan matahari. Seperti yang baru aku tahu, graviti yang dihasilkan oleh bulan lebih kuat dari matahari sebab bulan kan lagi dekat dengan bumi so kejadian pasang surut air laut ni sebenarnya disebabkan oleh tarikan graviti bulan.

To make it simple, kejadian ni akan terjadi bila bumi, bulan dan matahari berada dalam satu line atau selari atau parallel dan sebagainya lah hehehe. Cuba tengok gambar kat bawah ni, susah payah aku buat kat Photoshop tadiiii.

Apa yang aku faham, air laut kat bumi akan berkumpul kat bahagian bumi yang dekat dengan bulan dan terjadinya air laut pasang. So, bahagian lain akan surut la air lautnya. Aku taknak la explain lebih-lebih sebab aku pun tak berapa nak faham sangat, takut tersalah bagi info lak nanti. Yang pasti, aku dah tau air laut tu pergi mana masa air laut surut HAHAHA.


Thanks Encik Goooogle ! :)

**source


2 comments:

mohamad benu said...

sesetengah maklumat mmg betul tapi kureng sikit...nak xplain kat sini susah sikit...walaubagaimanapun terima kasih atas info saudari....dpd...pencerap air pasang surut, sabah

Hang Setia said...

Salah semua jawapan itu..,
itu teori sains yang langsung tak boleh diguna pakai..,