Followers

Result = Tahniah !

Hai awak, awak dan awak :)

Pape pun aku nak ucapkan tahniah kat semua student UiTM yang tersenyum melihat result exam sendiri. Dan kepada yang masih buat poker face bila kawan-kawan tanya pasal result, jangan bersedih. InsyaAllah masih ada peluang untuk perbetulkan semuanya, jangan risau ya. :)

Macam mana dengan result aku ? Alhamdulillah, result aku mampu membuatkan mak dan abah aku tersenyum penuh kesyukuran. Hahaha aku tak sangka sebenarnya boleh dapat result macam tu, sebab semester lepas, pembahagian masa belajar dan menguruskan beberapa program tak terurus sangat. Tapi, aku memang dah buat sehabis baik masa final exam, dan Alhamdulillah. Benarlah janji Allah itu ;

" Apa yang kamu usahakan itulah hasilnya yang akan kamu dapat..... "

Aku juga percaya, apa yang buatkan aku berjaya dalam final exam semester lepas adalah sebab..
Ehem yang sentiasa berada di samping aku. Dan bila aku malas, dia lah yang selalu bagi semangat kat aku untuk belajar. Dan bila aku lapar sebab asyik study, dia lah yang sanggup berkorban duit bawak aku pergi makan. Dan bila aku down sebab takleh jawab exam, dia lah yang berusaha buat aku senyum semula.

Dan tentunya sokongan mak abah, pensyarah, kawan-kawan yang tak terkira banyaknya !

Okay, belum lagi dapat 4 flat dan berucap panjang macam ni. =.="


8 comments:

~naddy~ said...

tahniah :)

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

alhamdulillah :)
tahniah..semoga lebih berjaya nanti..

kina said...

sorry lambat follow...heeh
bz sket...
nice blog..

Saya Disini said...

thniah ye

Tyratyra said...

@Naddy @Syafawani @Kina @SayaDisini ;
thanks semua :)

muiz aL said...

Tahniah lah untuk awak-awak-awak ye!

http://notadijari.blogspot.com/

Cik Adieb said...

Congrats :)

kaishin said...

tahniah ye..