Followers

Tutorial : Header Transparent Cantik Macam Saya !

Hai awak, awak dan awak :)

Hahaha yee, takde la cantik mana pun header blog aku ni. Tapi ada sorang blogger baru, Wana tanya macam mana nak buat header macam yang di atas. So terus la buat satu entry, senang sikit nak cerita. Sambil-sambil tu share dengan korang semua kan. Walaupun da beribu blogger buat tutorial macam ni, aku nak buat jugak hahaha.

First sekali buka Photoshop. Kalau aku, aku guna CS4 jerr, laptop tak mampu nak tampung CS5 hehe. 


 
 Klik FILE, NEW, dan satu window akan keluar. 
Untuk buat header yang transparent, tukar BACKGROUND CONTENTS jadi TRANSPARENT


Nanti background untuk header akan jadi macam di atas.

Klik FILE, OPEN, dan pilih gambar yang korang nak letak kat header.
Biasanya, aku akan cari gambar-gambar yang best kat Favim.com dan Weheartit.com.
Klik QUICK SELECTION TOOL macam kat atas untuk korang select & cut part mana yang korang nak.
Lepas tu, ctrl+C untuk copy part yang korang dah select :)

Pergi balik kat header transparent korang dan ctrl+V untuk paste gambar yang tadi.
Kalau nak adjust saiz besar kecik panjang pendek gambar tu, tekan ctrl+T.

Next, letak la tulisan dengan klik kat huruf T seperti di atas dan 
taip lah apa yang korang nak dengan size dan font yang korang suka :)

Nak bagi tulisan tu nampak cantik sikit, tengok kat tepi sekali belah kanan.
Ada item-item layer kan. Right-click kat tulisan korang dan klik BLENDING OPTIONS.

Nanti keluar benda alah kat atas ni. Kalau untuk header aku, aku letak effect Drop Shadow 
bagi tulisan tu nampak ada shadow skett, dan Stroke untuk ada line hitam kat luar tulisan.

Dah siap ! HAHAHA senang kan kan kann ? Lepas tu jangan lupa save lak. Make sure save dengan format GIF tau untuk kekalkan ke-transparent-an header tuu. Dah save, baru boleh upload sebagai header blog !

Fuh first time buat tutorial edit-edit guna Photoshop nihh. Kalau ada salah, bagitahu ya. Dan maaf kalau susah sikit nak faham, first timer lah katakan. :)


21 comments:

Syazwan Che Deraman said...

nice.
lawa!

sara said...

comelnyaaaa header fyra !
*i xreti buat header lgsg. hehe

Tyratyra said...

@SyazwanCheDeraman ; heee thanks !

@Sara ; hehe tade la comel mana pun. :)

Muhamad Azam said...

tq bagi info yang sangat sayo perlukan.. best2

saya_arief said...

cun.
:)

Spudin said...

nice one la . :D

Tyratyra said...

@MuhamadAzam ; ur welcome :)

@SayaArief ; tenkiuu :)

@Spudin ; tenkiuu jugak :)

cweet pinky said...

1st tyme bwt header td , tp bkn transparent , t na try y transparent lak ^^

FazWaNa WaHiD said...

waa... info yang best.. tengkiu sis.. ^_^

Tyratyra said...

@CweetPinky ; okay, try tau ! :)

@FazwanaWahid ; hehe tenkiu jugak :)

nia marlissa said...

tak reti lah nak buat walaupun tgk toturial

Linda said...

hai..pandai wat tuto ye.nak tanye transparent header ni memang kene gune software photoshop je ke? ade software lain x?

Tyratyra said...

@NiaMarlissa ; kalau tak biasa memang susah nak faham sikit, kena rajin main-main dengan photoshop tu. pape pun, usaha kan tangga kejayaan hehe :)

@Linda ; hehe first time nihh. setahu saya photoshop je la yg boleh, taktahu pasal software lain.

CIK MAY said...

aiii..follow dr segmen cik lieza..=)

Am said...

nice... kalo request buatkan header nak x? hehe

ainulaqma said...

assalamualaikum awak!! follow sini jugak! :)

good luck result ye :)

Tyratyra said...

@CikMay ; haiii :)

@Am ; emm mungkin boleh dipertimbangkan :)

@Ainulaqma ; hehe thanks ! gudluck jugak utk awak :)

SunnyFunny said...

cantex lahh akak . nunty saya na cuba lahh . :)

Atyqah Azry said...

alhamdulillah :) jady :D thanks akak :D

ELFarahin said...

follow here... ^^

tho cinchen said...

nice info gan

www.nehc-nic.com