Followers

Takde Air Ke Ada Ni ?

Hai awak, awak dan awak :)

Phewww bersawang kejap blog ni hahaha. Sekarang sedang berseorangan di rumah, housemate semua pergi cari markah KI lebih, yang aku pulak duduk diam-diam kat rumah menyiapkan keychain yang ditempah. Alhamdulillah, murah rezeki sejak tiba-tiba rasa nak balik Shah Alam selepas seminggu aku skip kelas hohoho.

Hari ni, kecoh pasal air. Bukan hari ni, tapi dari malam semalam. Kepenatan dan kelesuan lepas balik dari meeting malam tadi terpaksa dilupakan sebab kena bertungkus-lumus menyimpan air. Dengarnya 36 jam takde air sejak pukul 8 pagi tadi. Tapiiiii, kat rumah sewa aku ni, air tak kecik-kecik pun. Masing-masing dah konfius. =.="

Nak kata aku tak bersyukur ? Ehh siapa yang tak lega bila bekalan air tak terputus seperti yang dikecoh-kecohkan. Tapi kan, kitorang kat rumah ni punya la semangat, sampai keluarkan buku dari bekas plastik besar (yang orang selalu buat simpan buku tuuu) untuk isi air !


Mampu ?

Sekarang rumah ni memang tengah bersepah dengan buku-buku student Civil Engineering, padahal lecture baru masuk minggu kedua. Seriously bersepah macam tengah final HAHA. Till then. Nak enjoy dengan air yang banyak niiieewwww.


1 comment:

JaNnaH said...

naseb kite sama... hu3