Followers

First Triffle-Buat-Sendiri Ever !

Assalamualaikum.
Hai awak, awak dan awak ! :)

HAHAHA memang pemalas betul tuan punya blog ni. Seriously aku malas nak update memandangkan hidup agak bosan di awal-awal semester ni hehehe.

Siapa yang betul-betul kenal aku, diorang akan kagum bila aku masuk dapur. Ya aku mengaku, aku memang tak suka memasak. Masa kawan-kawan kelas aku datang beraya kat rumah, mak aku asyik canang kat diorang yang aku malas nak tolong dia masak kat rumah. Haa bayangkan la betapa geramnya mak aku kat aku hahaha.

Rabu minggu lepas, aku teringin nak buat triffle untuk ehem memandangkan aku takde kat Selangor masa birthday dia Sabtu tu. Aku pun google la resepi-resepi yang ada. Sebelum tu, housemate aku pernah jugak bawak balik triffle ni, macam sedap je, tu yang try buat. Dah google-google, pergi beli barang dan mulakan projek !


Ahha nampak sedap tak ? Sekali aku post kat Facebook, ramai betul yang berminat hehehe. Simple sangat sebenarnya buat triffle ni. Tapi agak costly la, tak boleh nak buat selalu. Meh aku share ngan korang resepinya. Nanti boleh la try buat bagi yang tersayang makan. :)

Lapisan bawah 
Kek pisang, nak guna kek gulung pun boleh, ikut selera korang lah.
Cara : Kek tu korang potong nipis-nipis, ikut suka korang la, nak tebal-tebal pun bolehh. Lepas tu susun elok-elok kat dalam mangkuk. Make sure jangan ade space antara kek-kek tu. Sumbatkan space tu dengan kek tu jugak. Kalau ade space, nanti jadi tak cantik la triffle korang. 
Lapisan tengah 
4 sudu besar - Tepung kastard
1 tin - Susu cair/sejat
1 tin - air masak
Gula secukup rasa
Cara : Mula-mula, korang campur tepung kastard dengan susu dulu dalam periuk. Ratakan, jangan bagi tepung tu berketul-ketul. Lepas dah rata, letak air masak pastu letak atas dapur. Korang kene gaul-gaul je campuran kastard ni, jangan tinggal sesaat pun kalau tak nanti berketul-ketul. Masa tengah gaul-gaul tu, letak gula ikut tahap kemanisan yang korang suka. Kalau yang aku buat ni, ade dalam 6 sudu besar jugak aku letak. Bila dah macam pekat, korang letak la dalam mangkuk yang ada kek tadi. Ratakan cantik-cantik ! 
Lapisan atas 
1 tin - buah-buahan campuran dalam tin
1 kotak - jeli berperisa strawberi
Cara : Untuk buah-buahan campuran dalam tin tu, korang ambil buahnya saje ye, air dia takmoo hehehe. Lepas tu susun buah-buahan tu atas lapisan kastard yang dah sejuk dan pejal. Next, buat jeli pulak, instructionnya ada kat kotak jeli tu, ikut je satu-satu. Lepas dah masak jeli tu, tuang kat lapisan buah-buahan tu.
Last sekali, masuk peti sejuk ! Kalau nak lebih sedap, biar dalam peti sejuk semalaman. Perghh, konfem bertambah-tambah sedap !

Keesokannya lepas buat triffle tu, aku pun hadiahkan satu bekas triffle kepada ehem. Aku taktau la dia suka ke tidak, yang pasti dia habiskan jugak la sebekas tu hehehe. Dia ada cakap yang triffle tu sedap, tapi lepas tu terus buat muka bila aku dah tersengih panjang hehehehe ! Itu pun dah memadai, tak harap pujian lebih-lebih pun sebab first time buat kan. 

Happy birthday sweetheart :)

Lepas balik dari keluar dengan ehem, gadis-gadis yang kelaparan ni pulak datang rumah menyambar setengah mangkuk triffle aku. Hahaha habis licin diorang makan. Alhamdulillah :)


Lepas ni nak try masak apa pulak ye ? Seronok la bagi orang makan. Agaknya inilah yang mak aku rasa bila masakkan untuk kami sekeluarga. :)


4 comments:

shafiqabdshukor said...

macam best.. nak try la..

Hnahdy said...

triffle? puding ke?? pavlova pun hana xpernah makan triffle ni lagi la.. pos kat hana sikit

http://www.onitsukahana.blogspot.com/2012/09/pavlova-tu-dealova-ka.html

Chenta Eyfa Latieyfa said...

nak try gak la..lama dah nak wat tapi tak wat gak..hehehe

Detective Fiqa said...

wahhh nampak sedapp~~ :D hehehe