Followers

Tutorial : Casing Handphone

Assalamualaikum.
Hai awak, awak dan awak :)

Hahaha, pelik kan. Biasenye blogger akan buat tutorial edit blog, tapi aku buat tutorial macam mana nak buat casing handphone. Hehehe lantak lah kan. Orang kata, kalau tau sesuatu tu, jangan simpan sorang-sorang. Sharing is caring kan ? :)

Dulu aku pandai buat keychain je sampai la ada sorang customer yang comel mintak aku buatkan casing untuk handphone dia. Aku pun google la kot-kot ade tutorial macam mana nak buat benda alah ni tapi aku tak jumpa pulak. Kalau ada pun tak berape nak faham. Nak tengok video asyik buffer je. =.="


Jum la tengok macam mana aku buat casing kat atas ni dulu, kot-kot tetiba teringin ke nak buat lepas tengok tutor ni hahaha. Senang je ! Ade 9 step je korang~ 

***************

Step 1 : Dapatkan ukuran handphone samaada ukur sendiri atau google jer. Lepas tu, korang gunting kain ikut saiz handphone tu. Bahagikan kepada 3 bahagian ; depan (sekali dengan penutup untuk casing tu), belakang, dan tepi (untuk yang tepi ni amik ukuran ketebalan handphone). Pastikan kain ni digunting melebihi saiz asal handphone tu ya. Kalau tak memang muat-muat atau tak muat terus kang casing tu hihihi.
Dan kain yang aku gunakan ialah kain felt, felt ni memang khas untuk barangan handmade.



Step 2 : Untuk doodle pulak, aku nasihatkan korang design dan lukis dulu kat kertas. Lepas tu, tekap kat kain dan gunting. Kena imagine dan alert lah bahagian-bahagian yang diperlukan untuk lengkapkan doodle tu.


Step 3 : Untuk casing yang ini, aku pilih untuk coverkan bahagian belakang casing dengan kain cotton bercorak. Bagi menambahkan ke-cute-an casing ni hihi. Aku jahit kan kain cotton kat kain felt, guna jahitan jelujur jee, senang dan kemas.


Step 4 : Lepas dah siap jahit kain cotton kat bahagian belakang casing tu, amik bahagian tepi casing dan jahitkan balik kat tepi-tepi bahagian belakang tu. Tapi jangan jahit semua, tinggalkan yang bahagian atas, kalau tak macam mane pulak korang nak masukkan handphone kan hehe.



Haaa yang ni bila dah siap jahit. Next~!


Step 5 : Kembali kepada doodle tadi, kita jahitkan dulu bahagian muka dan tudung doodle. Kalau nak gam je pun boleh tapi takut terbukak la. Baik jahit terus, lagi nampak nicee.



Taraaaa~ Dah siap bahagian kepala doodle hihi.


Step 6 : Bahagian-bahagian doodle yang dah digunting tadi, korang amik dan susun comel-comel atas bahagian depan casing tu. Kalau nak senang, gam sikit kat semua bahagian tu bagi tak bergerak-gerak. Lepas tu, jahit kemas-kemas macam kat bawah.


Step 7 : Bila dah siap jahit badannya, kita buat muka pulak ! Mata tu aku buat guna kain felt jugak, gunting bulat dan tampal. Kening dan mulut lak aku jahit jelujur dekat-dekat. Lepas tu tambah nametag sebagai hiasan yang dimintak oleh pelanggan hehehe.


Step 8 : Doodle dah siap, kita sambung la menjahit dan mencantumkan bahagian depan dan belakang. Jahitkan bahagian depan ni dengan bahagian tepi yang dah dijahit kat bahagian belakang. Jahit sepenuhnya bahagian depan tu okay.



Step 9 : Last sekali, jahit butang kat bahagian belakang casing. Jangan lupa buat lubang untuk butang ni kat penutup casing.



DAH SIAP ! Senang kan ? Hahahaha. 


Takpe, kalau macam susah sangat, meh tempah kat saye. Murah jee, harga antara RM10-RM15, depends pada kesukaran design tersebut hehehe. Pape pun meh like dulu page ni : Little Panda FeltCraft.

Thanks and bye ! Assalamualaikum :)

***************

Sambil cuba-cuba tutor kat atas, ce tengok yang ni ;



12 comments:

the fikirman said...

hebat ,
boleh buat berniaga nie..

:D

Secret Garden said...

susah juga nak buat.. Patutlah maahl.

Secret Garden said...

tapi cantik.. Nk buat tapi mals. Haah

Detective Fiqa said...

wowww. cantikk ^^

bella hamzah said...

wah ada tutorial thanx for sharing comel giler doodle dia.tp kita rasa kita xrajin nk jahit kot.klo setakat keychain felt pon berjam hehe

Tyratyra said...

@the fikirman ; bolehhh hehehe.

@Secret Garden ; hehe standard la harga macam tu, nama pun handmade :)

@Detective Fiqa ; hee thanks !

@bella hamzah ; hehe thanks bella. haha mula-mula memang susah tapi kalau da biase buat, kejap je da siap hehe.

Maya Lisa said...

ya Allah cantiknyaaa ! kena pandai buat nii.... :) maya nak cuba lah bila ada masa lapang ~

Miss Sue said...

alolorh comelnye doodle tu.. :D rajin betol menjahit :D

Batu Adventure said...

cantik jadinya :)

Nisa Greennnpanda said...

comelnye, hehe..
thanks coz share tutor nie ye.. ^_^

suraya binti mohd salleh said...

salam.
wah kretif.
mohon ambil ilmu buat doodle tu yer :)

Galaxy_Hany said...

klau nak gmbr tu lelaki boleh?