Followers

Udah-udah Ler Ber-Gangnam Tuu

Assalamualaikum.
Hai awak, awak dan awak :)

Hari ni dah Jumaat. Esok aku dah kena balik Shah Alam, meneruskan perjuangan dan konsert seorang pelajar. Sekejap je cuti semester berlalu, memandangkan aku asyik mengisi masa cuti aku dengan menjahit keychain dan plushie tempahan customer.

Baru-baru ni, aku baru je lepas kembara raya dengan kawan-kawan sekelas. Sehari sampai 4 rumah kitorang jejak, heaven je sebab tak sempat lapar. Balik je rumah, terdiam sebab perut berbunyik balik. =.="
Lepas tu, terbukak la topik hangat sekarang ; Oppa Gangnam Style.
Aku memang tak faham kenapa la anak-anak muda sekarang (amboi macam da tua sangat je !) obses semacam dengan benda alah ni. Aku ade jugak tengok videonye kat Youtube. Lepas tu bunyik cengkerik sebab tak faham apa yang bestnya dengan lagu dan tarian pelik tu.


Lepas tu pulak adik aku bagitau sekarang dah ada Oppa Kampung Style la Oppa KL Style la. Apakah ?

Lepas tuu aku nak share dengan korang benda ni. Aku dapat kat Facebook sape entah hihihi. BACA !

****************************

Kajian mengenai fenomena "Oppa Gangnam Style" ini.

1. Gangnam memang nama sebuah tempat. Apa yang specialnya Gangnam ini? Ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama Samsung dan Hyundai tinggal di situ. Dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di K
orea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak dalam berhibur dalam islam.

by Rose Vermin (Klik sini untuk artikel penuh)

***************

1 comment:

✿Lady Ainaa✿ said...

betul2...buat ape la nk belajar gangnam pe sume ni... lebih baik belajar cara nak uruskan jenazah.. esok kalau ade ahli keluarga kita mati, senang nak uruskan... huhuhu