Followers

Where are you, MC ?

Assalamualaikum.
Hai awak, awak dan awak.

Ya, entry selepas sebulan setengah. WHY WHY WHY ? Saya sibuk. :)

MC, sepanjang hampir 5 tahun aku belajar kat UiTM, aku tak pernah dapat MC sebagai alasan untuk tidak hadir ke kelas. Mungkin aku jarang sakit, tapi bila aku sakit, aku tak akan dapat MC.

Nak cerita, minggu lepas aku alami sakit perut yang teramat sangat. Aku sapu minyak panas, konon-konon perut masuk angin, lagipun perut aku memang mengada. Tapi takde kesan. Kebetulan pula keesokan harinya, aku ada test dan satu hapee ponn aku tak sentuh.

Yang menjadi mangsa, housemate aku sebab kena tahan mata tengok aku berguling kesakitan ke sana ke mari. Mangsa kedua, si ehem, yang terpaksa melayan dan membaca mesej penuh kesakitan dari aku. Kesian.

Malam tu, aku tidur macam biasa dengan mindset sakit perut ini akan hilang esok pagi. Dan tak sangka, pagi Isnin itu ehem terpaksa ponteng kelas untuk teman aku ke klinik. Sweet sangat, dia pakai kemeja seluar slack smart-smart untuk teman aku yang terbongkok-bongkok menahan sakit di belah kanan perut.

Sampai di Klinik Kesihatan Shah Alam, makaih manusia. Ramai. Ahha. Yes. Seronok. Masuk pukul 8.30 pagi keluar pukul 11 pagi, dan DOKTOR TAK BAGI MC.

Great. :)

 art, bad, blind, cloud, drawing

Petangnya, aku pergi ke kelas melayan sakit perut, dan jawab test dengan 'cemerlang'nya pada malam tersebut.

Mari kita sama-sama doakan keselamatan saudara kita di Gaza.


1 comment:

ELFarahin said...

http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/12/mini-end-year-giveaway.html