Followers

First-OreoCheesecake-Buat-Sendiri Ever !

Assalamualaikum.
Hai awak, awak, dan awak :)

Memandangkan cuti semester dah nak habis, tinggal 2 hari saje lagi *sigh*, nak cerita sikit ape yang aku da buat sepanjang cuti ni. Hari-hari aku ulang rutin yang sama iaitu ; tolong mak jage budak & menjahit menyiapkan tempahan. Oh lagi satu, MAKAN :)

Kadang-kadang bila aku rajin sikit, aku mula la nak menyepahkan dapur mak aku haha. Banyak juga makanan yang "first-__-buat-sendiri-ever" ni. Aku pernah buat pavlova, lasagna dan kek oren. Ade yang jadi ade yang tak ahaha. Dan ini antara yang jadi :

OREO CHEESE CAKE people !

Seriously senang gila buat cheesecake ni. Tak payah guna oven, masuk peti ais terus je ! Aku buat dalam setengah jam je, ok la untuk amatur kan hehe. Nah, aku share sikit resepi dan cara buat kek yang senang dan amat amat sedap ni. Weeehuuu~


Bahan-bahan

1) Untuk base kek
  • sebungkus biskut Oreo 
  • 50 gm butter
2) Untuk cheesecake
  • Setengah bungkus Oreo dipatah-patahkan
  • 250 gm cream cheese
  • 150 gm gula kastor
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sudu besar lemon jus (lemon yang diperah)
  • 1 1/2 sudu besar gelatin + 1/2 cawan air panas
    • disebabkan gelatin memang susah nak carik, aku gantikan dengan :
      • 1 sudu besar serbuk agar-agar + 130ml air :)
Cara-cara

1) Untuk base :
  1. Blender dulu biskut Oreo tapi jangan halus sangat.
  2. Cairkan butter, dan campurkan dengan Oreo yang dah dikisar.
  3. Ratakan dalam loyang kek, dan simpan dalam peti ais dulu.
2) Untuk cheesecake :
  1. Masakkan serbuk agar-agar dengan air sampai mendidih dan ketepikan dulu.
  2. Gaulkan cream cheese + gula kastor sampai gebu.
  3. Masukkan lemon jus & whipping cream dalam campuran no 2 tadi.
  4. Masukkan agar-agar yang dah dimasak tadi dalam campuran no 3, make sure agar-agar tadi tak keras lagi tau !
  5. Gaul kan campuran no 4 dengan Oreo yang dah dipatah-patahkan.
  6. Letak dalam loyang kek yang dah ada base tadi.
  7. Lastly, letak kek dalam peti ais paling kurang 4 jam. Make sure peti ais dalam suhu maksimum ye, kalau tak tak keras la cake tu nanti :)

Dah ! Boleh makan ! :)





4 comments:

Myra Jay said...

Bahan mudah dan senang..
MJ pernah buat yg tak payah bakar ni, tp sebab terlebih putar cream cheese tak berapa comel la, tp tetap sedap :D

puteh Nazumie said...

wah....macam best jew! nak copy resepi boleh?? nanti kita creditkan kat kamu ya.. =)

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Esma said...

Hi dear...u masukkan agar2 tu bila dia nampak pekat ke atau ada sedikit permukaannya dah nampak jelly dan dalamnya cair? Dlu ada buat tapi bila masuk je kdalam adunan cream cheese dia dah nampak mcm lumpy. Huhu. Tak senang nak gaul dia sebati dgn cream cheese. Wish u kud help me. Nak buat frosting cream cheese.