Followers

Super Super Senior



Hai awak, awak dan awak !

Hahaha lama gila aku tak update blog ni. Sebenarnya banyak je benda nak cerita tapi tu lah.
Kemalasan mengatasi segalanya.

Sedar tak sedar, aku dah jadi super senior kat fakulti ni. Semalam, pergi ke dewan kuliah menyaksikan adik-adik student baru. Ada yang dari matrikulasi, ada yang lepasan diploma. Datang ke Shah Alam ni dengan harapan yang baru, perasaan yang baru dan baju baru (hehe okay yang ni aku tak sure). Sambil pandang muka budak-budak ni, terdetik dalam hati aku,

"Habis la korang lepas ni" ^^

Well, yeah. Hidup di kampus induk tak semudah seperti di cawangan. But don't worry, you'll be fine, after faced some ridiculous poblems. Ngahahaha~

Teringat pula semasa zaman diploma-yang-tak-sempat-habis di UiTM Arau. Aku taktau la kenapa dengan diri aku masa tu, macam culture shock pun ada. Bila baca balik entry-entry yang aku taip masa diploma dulu buat aku goosebumps je. =.="

Sekarang, dah tinggal satu semester saje sebelum aku merubah persekitaran, cara aku berfikir, cara aku hidup. Dah jadi pelajar semester akhir, tapi aku masih tak yakin adakah aku mampu untuk menjadi seorang jurutera yang baik insyaAllah pada tahun depan.

Aku yakin semua bekas student akan rasa macam ni, tapi lastly end up with good career. Kenapa aku tak boleh kan ? :)


Buat masa sekarang ni, aku nak habiskan sisa-sisa waktu yang ada ni untuk rasa tensionnya buat assignment, projek, report, study dan exam. Aku pasti akan rindu rasa tension ni. Hahaha !



2 comments:

DIARI FARISHA said...

batul tu..hargai nikmat ketika bergelar pelajar..nanti dah keje lain pulak nikmatnya,.haha

DIARI FARISHA said...

batul tu..hargai nikmat ketika bergelar pelajar..nanti dah keje lain pulak nikmatnya,.haha