Followers

Two and a Half Years' Memories

Hai awak, awak dan awak ! :)

Hujung minggu lepas sempat habiskan masa dengan kawan-kawan se-persatuan di Setia City Mall. Bile cakap pasal persatuan ni, masa sekolah aku saaangat pasif. Tak suka join apa-apa aktiviti kelab atau sekolah. Pergi koko pun ade je alasan nak memonteng hahahaha. Bila diploma, pun sama, pemikiran budak sekolah tak habis lagi masa tu.

Degree di Shah Alam, aku dengan tak sengaja nya terpilih sebagai salah seorang ajk dalam persatuan fakulti aku. Time tu rasa macam down. Lepas ni tak banyak la masa tidur aku, masa melepak, masa bermalas-malasan atas katil. Mengeluh.

Tapi semua tu silap. Persekitaran, aktiviti harian dan kehidupan sosial aku berubah 360 darjah. Hidup aku lebih happening sebab bertambah kenalan, pengalaman dan pengetahuan pun bertambah bila bertemu senior-senior yang hebat, dan masa aku pun dihabiskan dengan baaanyak kenangan ! :)

Selepas hampir 2 tahun setengah aku menghadap meeting dan menguruskan program-program untuk student, dah tiba masanya untuk aku undurkan diri dan serahkan peluang ini kepada pelapis baru.


Terima kasih kawan-kawan sebab dah mewarnakan hidup aku. Walaupun banyak masalah kita dah hadapi, hubungan kita masih kekal begini :')


2 comments:

Fafa Aziz said...

apa cerita ni tyra? :)

http://lifeoftyra.blogspot.com/2011/09/update-2-top-10-your-best-outfit-photo.html

ARJUNA.Inc said...

HYE!!...rasa mcm arjuna mmpi dtag sni lgi.. haha..rsanay stelah berthun2!!..rindu blogwalking plak~~...btw..aktif kt zman blaja sronok sbb rmai kwan..tp bler da keje?..haihhh~~>.