Followers

Senarai Dewan Majlis (Ikut Bajet)

Assalamualaikum.
Hai awak, awak dan awak. :)

Woishhh bapak lame giler aku tak update blog ni.
Dulu bz study and projects. Sekarang bz kerja pulak (walaupun takde la bz mane pun sebenarnye wihihi)
Dan apa kejadahnye tetibe datang balik mood blogging ni ??
Kahh !! Maafkan saye atas ketidaksopanan ittuw.

Entry kali ni sebenarnye bertujuan nak tolong certain B2B (bride to be) dalam mencarik dewan untuk majlis diorang.
Tapi maaf ya, sbb aku fokus on area Shah Alam & KL sahaje.

Eh wait !
Tyra nak kawen dah ?????
Ok mohon bertenang. Itu hanye imaginasi korang je hewhew.
So jom kite fokus on the main topic of this entry.
Pandai tak iolss tuka topik ? Hahahaha.




 
Sememangnya B2B kat area KL akan hadapi masalah ni. 
Dewan banyak weyhh cumenye melebihi bajet yg kite da tetapkan.
So aku rase baiklah aku list down kan dewan ikut bajet kan ? 
Senang sikit korang nak tengok hewhew baik kan iols.

Bajet RM1000-RM2000 

1. Dewan Serbaguna MBSA
-Dengan bajet range ni, aku cadangkan korang pilih dewan-dewan serbaguna MBSA.
-Tengok senarai dewan-dewan MBSA kat sini.
-Kat website MBSA, korang boleh tengok kemudahan apa yg dewan tu ada, kadar sewaan & kapasiti (berapa org boleh masuk dalam satu2 masa).
-Untuk sebarang pertanyaan (tarikh yg available), call no ni : 03 - 5510 5133 sambungan 1290 / 1363
-Mengikut pengalaman aku, dewan MBSA tak kurang hebatnye. Banyak dewan yg ada aircond & certain dewan yg masih cantik luar dalam die. Cume korang kena rajin survey la.
-Dewan MBSA paling besar is Dewan Teratai Seksyen 19, dekat dengan De Palma Hotel.

2. Dewan Bankuasi Lembaga Getah Malaysia
-Info lebih-lebih tengok sini hahaha.

Bajet RM2000-RM3000

1. Dewan Guthrie Bukit Jelutong
-En Jasni : 012 9279313
-Haritu aku ada call En Jasni, dia kata mulai tahun depan, dewan ni MBSA take over. So kalau nak book dewan ni kena melalui MBSA la.
-En Jasni pun ada inform yg dia ada buat 1 dewan kat area Bkt Jelutong jugak dan akan dirasmikan bulan 11/2015 ni. Pakej dewan dia menarik jugak. Maybe korang boleh rajin2kan diri call dia. Dont worry, dia sangat3 friendly. :D

2. Dewan Komuniti DBKL
-Tempahan dewan DBKL secara online di sini.
-Range harga RM2k keatas.
-Important info : korang kalau nak book dewan DBKL, make sure book SETAHUN AWAL dari majlis ye.

3. Dewan Bankuasi Lembaga Getah Ampang
-Encik Azman (012-3270155/ 03-6157 4650)
-For more info tengok sini.

4. Dewan Wisma Sejarah Titiwangsa
-Encik Shahril (019- 392 7100)
-For more info tengok sini.



Bajet RM3000 keatas

1. Dewan Perdana Keramat Mall
-Encik Aslizam (017-235 0775)

2. Dwn Warisan Kompleks Warga Emas (Sek 24 Shah Alam)
-03 55411507(Pejabat Am); 019 357 1839 (Tuan Haji Bahary); 012 940 3876( Mohd Faridzol)
-Aku pernah call haritu, kadar sewa RM4000+RM500 deposit (takde kerusi meja)

3. Dewan Raja Lumu
-Dewan ni dalam Muzium Sultan Alam Shah
-03- 55190050/55197604/55103190 & 55103220
-Kadar sewa n info lain tengok sini.

4. Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz (Dwn Bankuet)
5. Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz (Ballroom)
-Dua2 dewan ni dalam bangunan yg sama.
-Lebih dikenali sebagai Dewan SUK.
-Kadar sewa n info lain tengok sini.


****

Aku rasa setakat ni dulu la kot. Kalau ada tambahan lagi, akan di update dari masa ke semasa.
Harap-harap dapat la tolong korang yg B2B ni. Goodluck gaiss ! ;)

No comments: